30/08/2013

Cantik Tak Kak Ton??

Ada yang mengatakan nak nampak cantik segelintir manusia menggunakan khidmat bomoh menggunakan susuk dan juga pemanis. Pemanis yang macamana tu tak tahu lah. Sampaikan ada yang menuduh muka Mummy ni ada letak pemanis di dagu dan juga muka ini mampu menundukkan orang. Well, ini cerita lama yang dah basi gitu. Walaupun masih tertanya-tanya bomoh mana yang telah membuat andaian begitu Wallahuallam. Sebabnya muka Iolls memang takde letak apa-apa pun dan terbuktilah kemanisannya. Hahaha Boleh!!! Takperlah redha sahaja fitnah-fitnah itu.


Sekarang, jangan main-main dah ada BOMOH berkonsepkan IT. Haaaaa...moden dah sekarang ni. Programmer pon dah boleh jadi bomoh!! Hahaha. Gitueeww kaedahnya. Just wanna share few photos edited by me using one special app. Nak tahu app apa?? Kalau orang tanya pakai app apa Mummy akan jawab "inilah rahsia kejelitaan pemanisku" (Sambil sebut Cantik Tak Kak Ton???)

 Cuba edit se-natural yang boleh. Pipi tembam tu dikecikkan. Mata dibesarkan. Buang eye bag. Okay dagu tu original. Nampak panjang sangat sebab dah kecilkan pipi kot.

Cantik tak Kak Ton???

 Now Mummy cuba jadi Barbie Doll. Hahahah 

Yang ni dah ketagih. Betulla kalau buat plastic surgery memang addicted. Tengok macam okay je tapi tengok balik takot pulak.

Amacam? Hahahah Ini lah jadinya takde kerja sangat semalam di pejabat. Lepas tu dapat smartphone baru. LOL. Rasanya produk penjagaan mesti pakai edit macamni nak buat testimonial. 

Xoxo
Mummy Akmar