27/08/2013

2 Hari 1 Malam Di Kinta Riverfront Hotel & Suites

Jumaat malam dah dapat panggilan dari Abang sulong. Katanya kalau nak breakfast esok hari Sabtu, datang ke Hotel Kinta Riverfront. Okay, kami suka! Sebab takyah masak atau penat cari breakfast dekat luar. LOL. Lagi pun kami berlima jer. Opah, Atuk, Aiman, Qashrin dan Mummy. Memang dah banyak kali sarapan pagi di sini. Tiap kali diorang bermalam dekat situ, kami akan join bersarapan bersama-sama.


Sedang siap-siap nak sarapan pagi, Qashrin pulak request nak tidur hotel:

Qashrin: Mi, nak tidur hotel. Dah lama tak tidur hotel.
Mummy: Hari tu kan dah tidur hotel sebelum raya.
Qashrin: Itu dulu mi, Ichin nak sekarang jugak. Nak jugak. (ayat mengada-ngada siap sebut berkali-kali)
Mummy: Nantilah Mummy cari duit dulu pergi kerja, kita pergi jalan-jalan tidur hotel okay.
Qashrin: Meng-hokey kan je.

Biasalah budak-budak zaman sekarang dah pandai buat request. Pernah dulu balik kerja, terus tanya "mi ada bawak balik ipad?" Boleh..... ipad tu beli macam coklat dia je. Selalu jugak tanya "ada bawak balik vitagen/mentos/coklat". Tapi kalau bawak balik sesuatu mesti dia gembira sangat. Kalau tak bawak balik, takdelah dia menangis meraung ke. Okay jela terima dengan redha. LOL

Sesampai je terus ke Level 4 sarapan di sana.

Sarapan pagi di sini. Cute banget dengan OKBG dress ni

Tengah-tengah makan tu, ceritakan pada Ayah Yob, Qashrin tadi request nak tidur hotel. Ayah Yob-nya pun terus cakap, "Okay, Ayah Yob ambil lagi satu bilik untuk Qashrin". Melompat sukalah dia. Pertama kali kami bermalam di sini. Selalunya singgah naik ke bilik Ayah Yob je. Haritu, lepas je sarapan, singgah ke Hospital Pantai kejap ambil ubat Qashrin. Selesema dia macam tak baik-baik. Tak berkesan pakai ubat biasa. Memang kena pakai ubat Doktor Kuldeep jugak. Baru ada kesan yang mendalam. LOL. Tapi susah jugak nak cakap, asyik minum ais je macamana nak baik. Lepas dari tu, kami ke rumah pack barang dan tunggu foreman datang bawak bateri kereta yang dah semput tu. Lepas tu terus kami ke pekan lama beli Nasi Ganja @ Nasi Vanggey untuk lunch. Menu wajib orang KL kalau datang Ipoh.

Dressing table yang dilengkapi hair dryer. LOL

Mini bar and icebox

Happy lil girl. Sebab permintaan tertunai. 

Semua lengkap.

Toiletries

Shower tap yang besar. 

Petang tu sempatlah kami pergi swimming sebab ini adalah aktiviti yang ditunggu-tunggu oleh Qashrin. Dah berenang tu balik bilik dah lapar. Kami makan malam di Nasi Ayam Kampung. Gambar tak sempat snap pulak. Gara-gara charger tertinggal dekat pejabat. Kami makan tomyam, sotong goreng tepung, kerabu mangga, kailan ikan masin, ikan siakap tiga rasa dan daging merah. 

Sebelum balik bilik tu kami singgah di kedai dekat Hotel tu. Macam-macam ada. Aiman pulak beli party spray nak buat prank dekat Edry. Kami beli macam-macam jugak air ada, pringles, kacang-kacang. LOL Berparty lah sangat dengan Opah sekali. Hahaha. Dah makan macam-macam, Ayah Yob pulak beli pau Medan Gopeng. Aiyooo perut I nak terpecah sebelum tidur. 


Jom tengok video diorang buat prank ni. Hahaha Rajin Mummy jadi tukang rakam. 

Esok pagi tu, kami sarapan dulu sebelum check-out balik rumah. Dekat je pun. Hehehe. Sarapan pagi semua macam tak mandi lagi. Hahaha. 

Lift dekat sini boleh tengok luar. Rasa gayat jugak pon ada. Bila naik semua buat sound effect wuuuuuuuuuu. Opah marah betul buat macam tu. Gayat lettewww! LOL

Muka baru bangun tidur tak mandi. Makan ler banyak sikit sayangku. 

Ni posing style apa taktau. Snap aje!

Lepas sarapan pagi, semua tidur secara berjemaah. LOL Siap buat alarm clock. Tepat 12.30 pm nak check-out dah. Waktu sarapan tadi, Edry dan Ayah Yob dah request Mummy masak. Aiseyman. Ni balas request ke apa. Diorang tak lalu makan luar, nak makan masakan rumah. Terus bagi cadangan bernas. Sambal sardin. Diorang memang suka betul. Makan tambah berkali-kali. Yerlah dekat KL makan lauk beli je. Sampai suruh Mummy kerja KL balik senang diorang nak makan masakan rumah. Hahahaha Nantilah difikirkan yer!

Sempat lagi berkung-fu masak sambal tumis sardin dan telur dadar. 

Petang Ahad tu pulak ada makan-makan anjuran UMNO. Pergilah kejap Opah nak makan lemang katanya lagi pun dah dijemput hadir. Makan lagi...... 

Xoxo
Mummy Akmar