29/07/2013

Tips 10 Hari Terakhir Ramadhan - Mencari Lailatul Qadar


1. Selepas bangun bersahur. Buatlah terus solat tahajjud 2 rakaat.

2. Jika anda seorang perempuan dan tidak boleh solat, ambillah peluang untuk membaca al-Quran dari ingatan, membaca terjemahan, atau mendengar al-Quran. Tidak lupa juga berzikir dalam hati.

3. Anda sudah pun iftar bersama keluarga dan rakan dengan juadah yang enak selama 3 minggu. Apakata, anda pula menolong mereka hidangkan juadah berbuka puasa untuk orang lain seperti di Masjid atau rumah anak-anak yatim. Percayalah anda akan rasa puasa anda kali ini lebih bermakna.

4. Berbukalah di luar atau beli sahaja lauk supaya isteri anda tidak kepenatan menyiapkan juadah berbuka dan akhirnya terlepas peluang untuk bertaraweeh.

5. Mulalah merancang untuk hari yang mulia yang bakal tiba. Jangan asyik membeli belah untuk baju raya sebaliknya simpan wang yang diperlukan nanti. Hiasi rumah dengan ala kadar dan juga buat perancangan minggu pertama Hari Raya bersama keluarga tersayang

6. Ambil langkah berjaga-jaga selepas Ramadhan nanti. Mulalah fikir dan tentukan 3 matlamat yang anda ingin capai selepas Ramadhan samada dari segi kewangan, kesihatan, keselamatan dan sebagainya.

7. Selepas berbuka puasa, sebaiknya bacalah Al-Quran, lakukan solat taraweeh, berceritalah tentang kisah para-para Nabi dan Sahabat bersama keluarga.

8. Jangan asyik memberi tumpuan kepada mana-mana malam ganjil 10 hari terakhir Ramadhan. Sebaliknya buatlah ibadah dengan penuh ikhlas di setiap malam dengan mempelbagaikan ibadah. Sebagai contoh: membaca al-Quran, solat tahajjud, solat sunat atau di hari berikutnya solat tahajjud dan mencuci masjid.

9. Jangan berputus asa. Jika anda sudah terlepas untuk membuat perkara-perkara yang dirancang di bulan Ramadhan. Selagi niat dan usaha ada, Insya Allah semoga anda semua mendapat pahala.

10. Berilah sedekah kepada golongan yang memerlukan di setiap hari-hari terakhir Ramadhan ini.