23/07/2013

Sambutan Hari Jadi El Qashrin Qaisara Yang Ke 3 Di Permata

Alhamdulillah. Dapat jugak buat Sambutan Hari Jadi Qashrin hari ini tadi di PERMATA Bercham. Seronok tengok anak-anak yang lain excited nak berdiri depan kek. Sebenarnya hari jadi anak Mummy tu pada 28 Julai Ahad ini. Terpaksa buat awal sikit sebab dalam minggu ni juga ada Majlis Berbuka Puasa di PERMATA Bercham nanti. Itulah buat tadi jugak.

Kek dah tempah, goodie bag pun telah Mummy sediakan hujung minggu lalu. T-shirt Hello Kitty pun dah beli. Hehehe

Goodie bag yang simple sahaja. Dalam paperbag Hello Kitty tu Mummy letakkan susu coklat Dutch Lady Kids dan mango Jelly. Nak masukkan puzzle Hello Kitty tak muat. So Mummy double tape kan sahaja di belakang tu.

22 Goodie bag untuk kawan-kawan Qashrin. 

Heheh Happy face. Suka sangat posing gitu. 

Terpaksa sambut awal dari tarikh lahir dia. Apa-apa pon Mummy bersyukur kerana dengan kehadiran Qashrin dalam hidup Mummy. Mummy doakan Qashrin senantiasa dilindungi dan mendapat rahmat, keberkatan dan redha Allah. Semoga Qashrin jadi anak yang solehah dan taat pada ibunya dan menjadi orang yang berjaya di dunia dan akhirat. Aminnn!!! Muwahhhhss

Sementara tunggu Qashrin belajar dengan kawan-kawan yang lain. Mummy buat setting sikit dekat belakang

Inilah kek Hello Kitty idaman Qashrin. Mulanya nak letak candle Happy Birthday dekat fresh cream yang di buat khas untuk candle supaya nampak jelas dekat kek tu. Tapi asyik terjatuh je.

Akhirnya Mummy cucuk je atas muka kek ni.

Dah jadi gini. Hehehehe. 

Lilin ni harap je mahal dan cantik. Lepas nyala api terus cair sampai terpadam dah. 

Kawan-kawan lain pun turut teruja tengok kek hari jadi.

Semua nyanyikan lagu untuk Qashrin. 3 buah lagu dengan 3 cara. Hehehe

Happy Birthday Sayang...

Mummy with all the kids. =)

.
Tengok gelagat comel mereka

 
Baca doa dulu sebelum makan.

Dah resah gelisah nak ikot Mummy balik.

Alhamdulillah. Selesai sambutan hari jadi tadi, hantar Opah balik rumah. Mummy pon terus ke pejabat. Thanks kepada Bos yang baik hati bagi keluar kejap tadi, thanks Opah sebab teman Mummy dan thanks kepada cikgu-cikgu PAPN Bercham yang mendidik Qashrin. InsyaAllah, kalau rajin lagi sekali sambut masa raya nanti waktu open house. 

Xoxo
Mummy Akmar