24/07/2013

Rezeki Ramadhan Lagi: Earnings 8Share Dan Komisyen JomNiaga

Saja nak berkongsi rezeki Ramadhan dari ber-blogging ni. Memang tak banyak tapi Mummy berpegang pada sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Hahaha. Kan? Mummy percaya blogger-blogger otai dulu pon bermula dengan earnings yang sedikit sehingga sekarang mereka dapat beribu-ribu sebulan seperti blogger hot mama RedMummy.

Baca jugak entri-entri yang beliau kongsikan untuk menjadi blogger yang berpendapatan tinggi. Suka baca!! Disebabkan dah baca semua entri. Terjebaklah pulak join churpchurp. Bukan tak tahu pasal menda ni tapi malas, lepas tu jenis fokus pada yang satu je. Ala-ala macam 8share jugak. Tapi earnings dia macam lagi masyuk je. Hahaha. Tamak lah pulak.

Jom semua join churpchurp. Klik je SINI lepas tu ikot arahan dan SIGN UP. Kongsikan semua links, berita dan iklan di media sosial anda dan boleh menjana pendapatan. RedMummy sampai mencecah ribuan ringgit hanya dengan berkongsi link churpchurp di Facebook, Twitter, Blog dan lain-lain.

Hari tu lepas sahaja cahsout earnings berjumlah RM89 dah pun Mummy terima. Lepas tu kejap je nilai earnings terus menjadi RM59.40 lepas tu sekarang sudah mencecah RM73.80 Uish tangan dah menggatal nak klik cashout button. Hehehehe. Tapi masih bersabar lagi ni. Setakat ini dalam sebulan boleh lah dapat kurang dari RM 200 boleh buat bayaran medical insurance Qashrin tu.


Lepas tu tak sangka pulak pagi tadi, bukak je email. Terima satu email dari JomNiaga.Com dapat pulak NEW AFFILIATE COMMISSION. Kiranya ini kali yang kedua Mummy terima. Syukur-syukur. Sapa nak bagi RM20 kan? Terus masuk dalam akaun paypal kita. Tapi tu lah baru dua kali terima total dalam RM40. Seronok sangat dapat merasa pendapatan blogging secara tiba-tiba. Hehehe. Yerlah kalau nak dibandingkan dengan Ratu Affiliate Comission tak lain tak bukan si Ciktom  memang takleh lah. Dia tulis semua orang terus beli. Hahaha.


Apa-apa pun bersyukur sangat. Terima kasih lain kali bagi lagi. 

Xoxo
Mummy Akmar