30/07/2013

Resipi Kari Ketam Sedap Dan Mudah

Iftar semalam, Mummy masak Kari Ketam. Memang sedap hingga menjilat jari. Hahaha. Puji masakkan sendiri pulak kan. Dah memang sedap dekat tekak Mummy tak tahu lah dekat tekak yang lain. Disebabkan "terlampau rajin", Mummy nak kongsi resipi masak Kari Ketam ni.

Bahan-bahan
2 biji besar bawang merah di hiris halus-halus
5 ulas bawang putih ditumbuk
2 besar ibu jari halia ditumbuk (suka letak banyak-banyak lagi sedap)
1 batang kulit kayu manis
3 biji bunga lawang
3 biji bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1/2 sudu besar pes asam jawa
3 tangkai daun kari
1 batang serai dititik
1 kiub ikan bilis maggi
Garam secukup rasa
Santan kotak 200ml

2.5kg Ketam 
4 sudu besar kari ayam
1 sudu besar kari ikan

3 cawan kecil air
1 biji telur

Cara-cara memasak.

1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang merah sahaja di goreng sampai hampir kekuningan. Masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk tadi serta kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan daun kari. Goreng sampai kekuningan naik bau.

2. Campurkan rempah ayam dan ikan dengan air sehingga jadi pes dan masukkan ke dalam kuali. Ditumis lagi sampai naik minyak. Lepas tu masukkan serai yang dititik dan kiub ikan bilis. Tambah sedikit air dulu untuk masakkan pes kari tadi. Lepas tu tambahkan sekotak santan. Biar masak hingga mendidih.

resipi masak kari ketam sedap dan mudah

3. Lepas dah naik bau kari masukkan semua ketam dalam kuali.  Kalau agak pekat, tambah sedikit air lagi untuk masakkan ketam, masukkan garam dan pes asam jawa . Sukatan air tu Mummy agak-agak je ikot pada kepekatan macamana korang nak. Kari ketam ni memang sedap di makan kuahnya pekat-pekat. Tapi nanti bila dah letak telur kuahnya akan lagi pekat. So, air dalam 3-4 cawan size sederhana tu kita dah okay.

4. Agak-agak ketam dah masak dan kuah pon menggelegak. Bancuh telur dalam mangkuk dan tuangkan dalam periuk tadi. Kacau seketika dan siap!

resipi kari ketam yang enak senang di masak juadah berbuka makan malam bersama famili
Inilah hasilnya. Ketam Kari!


Memang sedap makan dengan nasi panas, ada sayur sikit dan telur dadar. Nyum nyum!. Tak cukup pulak ketam malam tadi. Sebab nak tinggalkan sedikit untuk time sahoor. 

Selamat mencuba!

Xoxo
Mummy Akmar