15/07/2013

Qashrin Naik Porsche Panamera Putih

Wah! Tajuk bukan main hebat. Yer memang anak Mummy tu naik kereta Porsche Panamera putih tempoh hari. Tapi bukan kepunyaan Mummy. Abang Mummy (Pak Uteh) baru sahaja menambah koleksi kereta terbaru dia iaitu Porsche Panamera tu. Pukul 11 malam dia sampai rumah Opah nak tunjjuk kereta dia selepas segala hal loan dan nombor plat siap sepenuhnya. Eh mesti lah kena ada nombor plat kan? Hahaha. Sementara dia menunjjuk kereta baru dia tu, dia tengah menunggu Mama Achik bawak kereta dia lagi satu dari KL.


Hmm, tengok kereta ni biasa jerlah. Mummy ni bukanlah fancy sangat nak kereta mewah-mewah sangat. Tempat duduk sama jer dengan kereta dia lagi satu CLS 350 tu. Sebab Mummy rasa tak best dua orang je boleh duduk belakang. Hahaha. Boleh? Rasa macam tu. At least, kereta BMW lain boleh tempatkan 3 orang di belakang. Mummy suka kereta macam Alphard ke atau Cayenne. Haaa, tu suka sebab very spacious.

Tengok interior dalaman sangat ekslusif dan smell nice. Hahaha...Kami tak sempat pon nak test drive. Bukanlah nak bawa kereta tu, uish memang tak berani nak drive kereta macam ni tapi duduk dalam tu sebabnya dah malam buta. Mummy pon dah tidur kot time tu. Jadinya, kita bertangkap gambar jelah kan. Qashrin yang belum tidur terpaksa menjadi model cilik. Hahahaha.

Qashrin pakai baju tidur je. Hehe

Kereta baru idaman katanya. 

Berapa banyak meter ni?

 I feel like I'm in the cockpit. Gitu..Dalam Aeroplane. Banyak nya button.

Love the smell!

2 seater front and back

"Mi, nak naik kereta baru Pak Uteh".  Aiyoo rambut panjang!

Muka mengantuk abis lah time snap-snap photo. Dah tidur terkejut bunyi hon tak henti-henti waktu abang sampai di rumah. Biasalah bulan puasa memang kepenatan makanya tidur awal. 

Xoxo
Mummy Akmar