04/07/2013

Qashrin Minta Kek Hello Kitty Untuk Hari Jadi Ke 3

Oh sungguh cepat masa berlalu. Dah masuk bulan Julai. Yup, 28 Julai 2013 ni genaplah umur El Qashrin Qaisara yang ke 3 tahun. Macam biasa kek hari jadi mesti kena ada. Kali ini, tarikh tu jatuh dalam bulan puasa dan kalau nak sambut hari jadi pun mungkin lepas Hari Raya boleh buat sekali waktu open house.


Malam tadi Mummy tanya Qashrin dia nak cake apa?. Dia nak Hello Kitty Cake. Mummy ingat nak bawa cute Hello Kitty fondant cupcakes ke sekolah dan sambut bersama cikgu dan kawan-kawan. Jadi, Mummy pon cari info mana nak cari orang yang boleh buat Hello Kitty Cupcake di Ipoh ni. Malam tadi juga buat carian dan ada ternampak blogger di Ipoh ni buat kek tu. Ingatkan nak order Hello Kitty Cupcakes je. Bila tanya harga, dia kata flat fondant RM 8 satu kalau ada figurines RM 10. OMG! Mahalnya????? Kalau katakan 30 cupcakes dah jadi RM300. Fikir punya fikir, baik buat sendiri (macam reti je kan). Rasa macam was-was bila tahu pembuat kek tu berbangsa India. Oh No!! Tak lalu. Hahaha. Nak buat sendiri jerlah. 

Hari ni google lagi untuk cari info. Waktu rehat tadi pergi jalan kaki ke kedai Kek Wah Seng. Tengok-tengok dia ada Hello Kitty Cake Pan. Waaaaaaaw! Terus excited nak buat satu untuk Qashrin. Dengan beraninya Mummy dah beli Cake Pan, Fondant, Icing Sugar and Butter Cake Mix. Wish me luck.!! Nak cari juga untuk cookie cutter Hello Kitty untuk diletakkan fondant tu atas cupcake (kalau rajin buat cupcake). Tapi takde jual lah pulak. Nak tengok di Wah Seng yang lagi satu. Kalau ada nak cuba buat. Hehehe


 Inilah menda yang Mummy beli tadi. 

Rupanya sama seperti gambar ini. Ingat nak double kan kek tu. Di tengah letak vanilla frosting.

Berani ke nak buat kek ni? Huhuhuhu.....Bila tengok di Youtube, simple je cara dia nak buat. Sangat senang!! Tapi mampu ke Mummy buat? Dulu pon yer yer je nak buat rainbow cake. Akhirnya order jugakkan. Kali ini memang kena buat jugak sebab barang dah beli. Harap-harap menjadi. Bukannya apa, tangan ni dah lama tak buat kek. Hahaha....Boleh je beli kek biasa, tapi Mummy tengok Qashrin nak kek Hello Kitty, kesian pulak. Rasanya kedai kek biasa-biasa dekat Ipoh ni jarang nak guna fondant hanya guna fresh cream sahaja.

Kos beli barang:
Hello Kitty Cake Pan = RM 25.00
Butter cake mix + Icing Sugar + Vanilla Fondat = RM 23.40
Total = RM 48.40

Kalau beli butter, colorings etc rasanya tak sampai RM100. Banyak penjimatan di situ. InsyaAllah hujung minggu ni nak testing buat satu sebab hari Sabtu ni Mummy nak masak nasi beriyani, ayam masak merah dan dalca. Untuk dessert kek percubaan Hello Kitty. Okay kan?? 

Xoxo
Mummy Akmar