11/07/2013

Pre-Raya Shopping for Qashrin

Semalam pergi Aeon dapat la shopping 2 tops and 1 pant (Segan pulak nak share baju yang Mummy beli). Konon Pre-Raya Shopping, tapi rasa macam nak pakai je. Bukan Mummy bayar tapi seorang kawan yang baik hati bayarkan. Hehehe Sankyu! Dan dengan baik hati dia bagi duit belanja RM150.  Every month without failed membantu Mummy walaupun tak di minta. Katanya duit tu untuk dibelanjakan kepada Qashrin dan dia selalu beli biskut Tiger dan juga Ribena kalau berjumpa sebab itu kesukaan Qashrin. Hahaha Mesti pembaca dah salah anggap. Tak kisahlah siapa pun nak salah anggap. Tapi dia adalah seorang bestest friend yang sangat baik hati dan menolong dengan ikhlas. Tuhan temukan dia yang senantiasa menolong Mummy tak kira masa. Rasanya tidak ada orang sebaik dia di dalam dunia ni kalau nak dibandingkan. Alhamdulillah. Hahaha. Panjang pulak cerita ni kan.


Pagi ni sangat excited sebab dapat parcel dari USA. Not exactly from USA but from a friend of mine yang I kirim. Tapi Mummy sendiri pilih from the website itself. Sebulan yang lepas Mummy beli lagi baju untuk Qashrin. Yerlah semperna nak Raya ni mesti nak beli t-shirt baru, seluar baru, dress baru dan juga baju tidur baru. Barulah ada semangat nak berhari raya pakai baju-baju baru. Kan...? Walaupun haritu niat sebenarnya beli baju Gymboree untuk Hari Raya tapi dah terpakai lah pulak. Tu pasal baju tu beli baju besar sikit. Hehehe. Macam nak kena beli lagi jer. Kali ini Mummy cuba beli dari OSHKOSH dan Carters pulak. Saja cuba tengok sizing kena tak dengan Qashrin.

Masa buat pembelian tu rasanya 4 minggu lepas. Yerlah nak sampai ke Malaysia mengambil masa dalam 2-3 minggu jugak. Waktu tu tengah 25% off untuk Clearance Stock. Semua baju murah sangat. Rasa macam nak beli banyak tapi untuk size dia ini je yang berkenan dia hati Mummy. 

Sebenarnya parcel sampai di rumah semalam. Tapi takde orang di rumah. So pagi tadi kena ambil di pusat poslaju. Tu pasal baju ni singgah di pejabat. Hehehe

1 polo dress dan 1 tee from Carters

1 dress, 3 tees dan 1 one-piece baju tidur. 

Semua total ni USD 38.93 je dalam RM 124.60. Tapi dah tambah custom tax, shipping cost segala bagai tu jadilah RM 172.50. Pada pendapat Mummy kira okaylah harga ni. Kalau nak dibandingkan harga baju buatan Malaysia yang tak mengalah harganya. Seriously, boleh buat comparison harga yang sangat jauh berbeza mahalnya padahal brand biasa je. 

Semestinya kalau beli online dari luar negara sebaiknya beli waktu diorang tengah adakan SALES. Baru lah value for money kata orang barulah berbaloi beli. Jangan ambil NEW ARRIVAL (kalau mampu takper) tapi sebaiknya item yang telah di diskaunkan lebih elok. Beli awal sebelum tarikh nak pakai sebab mengambil masa agak lama untuk sampai. 

Macamana dengan persiapan Hari Raya anda?

Xoxo
Mummy Akmar