10/07/2013

Menu Berbuka Puasa

Tengok-tengok gambar di Facebook. Ternampak pulak gambar dua hari lepas iaitu hari Isnin. Mummy gigihkan diri ganti puasa di saat-saat akhir. Tengok gambar ni sedapnya. Meleleh pulak nengok gambar ni. Adoih......

Mummy berbuka di Royal Ipoh Club lagi.....Boring ah, nak masak pon taktahu nak masak apa. Nak makan tempat lain pon tak tahu. Sini jerlah yang senang, cepat, pantas dan boleh tahan. Bila pesan makanan rasanya macam takder la awal. Tapi cepat pulak makanan sampai. Gigih menunggu counting down  waktu. Dari 20 minit hingga ke 3 minit terakhir. Opah dengan Qashrin sedap menjamu selera sabar jelah Mummy ni. Hhuhuhuhu

Kawan Mummy comment dekat FB katanya manisnya senyuman Qashrin. Mummy jawab "a ah kena manis manis" Hahaha

Opah dah dapat Bihun goreng takde gula. Cream chicken soup ni pulak sampai. Nak share dengan ichin.

Qashrin pulak suka Bihun goreng panas-panas ada udang dan ayam. Terus dia tak hirau bun dan sup dia kegemaran dia tu.

Opah suruh order french fries lagi untuk Qashrin. Takot dia lapar.


 Datang pulak Chicken Maryland di makan dengan tartar sauce. Dalam tu ada banana fritters makan dengan corn pudding tepi tu. Boleh la menu ni. Dah lapar telan jer. Gigih menunggu 10 minit depan mata. Dugaan!!

 Qashri pulak nak Jelly. Order pulak dessert Jelly dengan aiskrim. Abis Jelly tu dia makan. Aiskrim tu dia tak minat sangat. Mummy yang abiskan.

Gambar makanan ni macam mengoda lah pulak. Hahahaha. Janji ada entri untuk hari ini. Hehehehe. Baru je lepas balik shopping. Manager aka best friend belanja! Rezeki berganda-ganda. Syukur

Xoxo
Mummy Akmar