01/07/2013

Malam Pertama di Hard Rock Hotel Penang

Jumaat lepas, seperti di entri INI. Mummy dengan beraninya memandu ke Pulau Pinang bersama Qashrin, Opah, Aiman, Edry dan Adrian. Mulanya, kitaorang je yang pergi, tapi 2 lagi anak saudara balik ke Ipoh. Kami bertolak agak lewat sebabnya nak dapatkan confirmation bilik dulu. Tengah drive malam-malam tu, tiba-tiba perut Mummy pulak memulas. Sangat drama siri yang kritikal (Hahaha). Memandu dalam perut memulas sangat gigih okay!. Berhenti di stesen minyak Sungai Perak siap muntah dan cirit bagai gara-gara gulai lemak cili padi. Walau macamana pon dah set dalam otak kena cekal teruskan perjalanan dan sampai dengan selamat. Bila nampak je Jambatan Pulau Pinang, fuh..memang rasa bersyukur sangat. Kami sampai Batu Feringghi dalam pukul 11.00 malam.

Waktu ini mood bercuti dah masuk dalam jiwa. Cewah...Inilah gambaran waktu 11.30 malam di Batu Feringghi. Sangat happening dan sesak yang membuatkan kami sampai lagi lambat untuk check-in

Badan sangat dehydrated sebab dah muntah dan dah lewat malam. Sebelum bertolak di Ipoh, kami hanya lapik perut dengan 3 set McValue Nugget. Semua taknak makan dengan alasan nak lapik perut sahaja. Excited sangat nak cepat sampai. Mummy memandu dalam (120-140km/j) dan mengambil masa 1jam 30minit nak sampai. Memang penat dan lapar. Malam tu kami check-in dua bilik Hillview. Sebenarnya niat di hati nak amik Lil Rock Suite dan untuk anak saudara pula mereka impikan Lagoon Deluxe (bilik yang akses terus ke swimming pool). Tapi semua fully booked. Memang banyak hotel fully booked waktu ini. Ramai dengan tourist luar negara. Mungkin musim panas kot. Dekat sini, Mummy kongsikan harga untuk bermalam di Hard Rock Hotel (peak season). Harga sebilik adalah RM600++ . So, total 2 bilik (Seaview Room) = RM 1332.40 

Waktu masuk bilik pon dah jam 12 malam. Semua memang kepenatan. Mummy request untuk connecting room tapi dah abis. So, bilik lagi satu same floor. Tapi tak pergi pon bilik budak-budak tu. Katanya ber-party sampai pukul 3am.

Both side table ada plug untuk charge handphone. Memang senang sikit.

Stereo and tv. Okay barang-barang memang serabut. Sebab penat. Hehehe 

Study table yang simple tapi urban. Air tu tengah menunggu room service datang bawak makanan. Lapar giler!

Awesome mini bar!

 Toilet sinki

 Cermin untuk sinki ni sangat moden. Bilik air nya konsep terbuka. Kalau nak cermin berada depan sinki, bilik air akan terbuka terus nampak katil dari sisi. Kalau nak tutup pula, muka old blind guy yang legend tengah tersengih keluar. Hahaha. Bilik lagi satu gambar Elvis Presley kata diorang.

 Cool toiletries. Konsep dalam frame gambar gitu..

Tempat untuk mandi. Yang best sebab dia ada sky shower. Cool!

Our late dinner / supper. Untuk Opah bihun goreng dan Mummy pulak order nasi goreng HRH. Bilik budak-budak tu makan big burgers. Macam menyesal tak order burger, tapi macam dah boring burger pulak. Untuk si kecik omey Mummy, dia punya creme mushroom soup and garlic bread. Semua licin. Walaupon gigih mengunyah mata dah nak tutup sebab pukul 1 pagi. Hehehehe

Merajuk manja. Dah kena marah dengan Mummy sebab main segala suis yang ada dan main peti ais. Alololololo.

The next morning, Mummy dan Qashrin dah ready dengan baju swimming. Pagi-pagi dah ready nak breakfast sebab HRH boleh extend late check-out sampai pukul 1.00pm je.

Hallway ke bilik-bilik sangat cool. Dengan musik dan wall paper yang sangat urban! 

Abang yen tunjuk something dekat Qashrin

Semua macam excited sangat nak swimming. Hehehe

Breakfast dekat sini ada 2 tempat. Salah satunya di Pizzeria. Open space and sea view! Best!

Okay jangan terpedaya dengan sandiwch buatan sendiri ni. Sebenarnya sebelum tu dah makan nasi goreng, sausages, baked beans, dan macam-macam. Hahaha..Tapi dengan kadar yang sikit. Tu yang masih boleh masuk yang ini. Buffet spread dekat sini memang best jugak! Kualiti makanan yang terbaik!

 Dari tempat makan tadi Qashrin tegur anak mat salleh ni. Diorang macam easily make friends. Nama dia  Maple. Mummy dia pon tegor "they are both in rainbow dresses". Sangat kebetulan. Berkawanlah sampai ke lobby. Tapi Maple ni pandai swimming. Kalau nak dibandingkan dengan Qashrin yang suka berpaut-paut takot. Hahaha

 Dah kenyang, sementara nak tunggu pool bukak dan lil rock club bukak, kitaorang lepak di tepi laut dulu

Mummy dengan Qashrin. Hehehe

 Setakat ini. Di Malaysia, swimming pool yang paling best ada di sini. 3 jenis water slides yang orang dewasa pon boleh naik. Memang best!

Tengok pulak Lil Rock Club ni. Biasa-biasa je. Aktiviti melukis dan beberapa mainan yang macam hotel lain ada. Saja tengok di sini. Memang nak datang sini lepas swimming tapi tak cukup masa. Ada pulak tetamu datang lepas kami mandi.

 Tak berapa besar sangat tempat ni.

Qashrin jumpa lagi kawan dia. Sorang cakap english sorang cakap perak. Hahah Dah macam itik dengan ayam. Qashrin takleh main slide sebab baju basah.

 Partner Opah sementara sebab Atuk tak ikot. Hahaha. Siapa ntah mamat ni.

 Kyra Sofia datang. Qashrin suka sangat sebab dah lama tak jumpa.

Kiteorang tengah tunggu bilik lagi satu bersiap. Tepat pukul 1pm baru budak-budak ni balik bilik. Aiyooo

Dah penat berswimming, kami makan tenghari di Tesco (Nasi Kandar Nasib) dekat situ sebab nak keluar jauh macam dah lapar lepas tu takot sesat. Hehehehe Nama pelik betul Tapi ayam goreng dia memang sedap. Kami makan di sini sebelum check-in di Golden Sand Shangri La Resort

Memang best menginap di sini. Rasa macam tak cukup masa je. Yerlah sebab kitorang check in lambat. Kes last minute plan dan nak stay dekat luxury hotel katanya. Rasa nak pergi lagi tapi nak stay dekat Lil Rock Suite atau Lagoon Deluxe. Tapi katanya, non peak season harga dalam RM400++ . Memang best, recommended hotel! Mummy sangat bangga pada diri sendiri sebab boleh memandu sendirian dan menjadi ketua rombongan. Hahaha (puji diri sendiri). Percutian yang singkat tapi berbaloi sangat redah malam-malam buta. Nanti Mummy cerita pengalaman drive cari Nasi Kandar Line Clear keesokkan harinya lepas check-out dari Shangri La. Hahaha.

Xoxo,
Mummy Akmar