02/07/2013

Malam Kedua Di Shangri La Golden Sand Resort Penang

Bersambung dengan cerita di entri sebelum INI, lepas makan tu kiteorang check-in pulak di Hotel Shangri La Golden Sand Resort. Nak check-in memang lambat sedikit sebab kaunter nya di depan sangat dengan entrance. Lepas tu pulak nampak ramai yang check-out dan ramai yang nak check-in. Di hotel ini, memang ramai sangat Pak Arab yang datang bersama keluarga atau honeymoon. Kebanyakkan mat salleh dekat sini yang dah berumur.

Sesampai jer memang penat sesangat sebab malam tadi dah la tak cukup tidur. Bangun pulak seawal pagi yang boleh dan berenang pulak. So, lepas makan nasi kandar tu macam rasa mata ni mamai ler pulak. Tapi nak kena berdiri lama jugak untuk check-in. Rasa jenuh jugak sebab kereta masih ditengah-tengah entrance, nak check-in hotel lagi, nak membayar, nak pastikan semua luggage telah di ambil. Dah settle semua kena ubah kereta lagi. Sebab yang boleh drive adalah Mummy sorang jer dan hal check-in pon Mummy jugak. Gigih wooo!

Tak ambil gambar di kawasan hotel lobby sebab banyak menda nak settle. Nasib Opah boleh jaga Qashrin. Budak-budak (Aiman & Edry) dah cakap tak bestnya hotel ni walaupon sebenarnya hotel luxury yang best. Mereka dah seronok dengan Hotel Hard Rock, bila sampai ke sini rasa macam tak best pulak. Hahaha....tak puas swimming lah tu. Masa check-in tu diorang ada la bagi welcome drink juice, coffee and tea. Kami dapat best price sebab Ayah Yob yang call. Hahaha Kalau tak rate satu malam RM700++ . Tapi kami dah stanby ID gov. Jumlah 2 room stay dekat sini RM 851.20 kiranya dalam RM 420++

 Gambar dari website diorang. Memang cantik.

 Dekat sini cool lounge, boleh juga untuk check-in dan check-out. Tak tahu la pulak ada dekat sini masa sampai tu. Dekat sini juga, disediakan komputer dan internet percuma.

Lobby lounge yang besar sangat-sangat

Garden Cafe untuk breakfast dan dinner. Buffet spread dari awal sampai ke sebelah sana sana tu

Ini adalah bilik kami. Interior semua sama.


Kitorang ambil 2 bilik. Kali ini dapat connecting room. Senang sikit nak pantau budak-budak ni.

Bilik sebelah.

Waktu menunggu bilik sebelah nak siap.

Hotel ni pon boleh nampak bilik air. Boleh intai-intai (pee-ka-boo) Haha

Toiletries yang efisyen sangat. Ada berus gigi dan segala bagai. 

Biasa je toilet nya

Nak hantar Mama Liza turun. Anak dia Qaira je tidur dengan kami. Semua freestyler! Hehehehe 

Lepas penat makan baring berdua-dua. Tengah tunggu baby cot Qashrin sampai. 

Simple mini bar. Air kosong, bekas ais batu dan kettle.

5.30 petang sudah. Budak-budak bilik sebelah dah ajak "acu jom swimming" Qashrin tak tidur pon seharian.  Macam penat tapi nak jugak pergi. Posing dengan botol bubble masing-masing. Jap lagi boleh tiup-tiup

Malam tu memang penat sesangat. Kami makan di tempat biasa sahaja. Makan di Astaka Tg Bungah. Takde la ramai sangat walaupun tengah perlawanan Piala Malaysia JDT lawan TRW malam tu. Kami semua muka stonner dah. Tak cukup tidur, penat swimming. Makan malam tu simple je. Ada order satay. Edry dan Adrian makan western, Aiman makan burger special, Mummy pulak tomyam putih dan paprik ayam (Edry jadi tukang abis). Opah dan Qaira makan nasi ayam share dengan Qashrin. Order lagi french fries. Nasi ayam memang tak sedap! Opah order pulak nasi putih dengan sup sayur tanpa gula. Hahaha. Kena inform tukang masak. Dah makan tu, ingatkan nak balik bilik, lepas tu turun bawah jalan kaki nak naik beca ke tempat urut-urut badan and kaki. Macam penat pulak. Rupanya tanpa disedari, Aiman dan Edry keluar balik pukul 1 pagi. Nasib baik diorang balik dengan selamat. Kalau tak, mau bising bapak masing-masing. Ish ish....

Esoknya kami makan pagi di Garden Cafe macam gambar dekat atas tu. Makanannya adalah SUPERB!! Serious the best buffet spread for breakfast yang pernah Mummy makan setakat ini di Malaysia. Hahaha....Takdelah nak exaggerate melebih. Choices yang banyak. Kaunter buffet dari awal masuk sampai ke hujung sebelah sana semua makanan yang berlainan. Diorang ada one station untuk patisserie and desserts. Macam-macam ada. Kaunter juice ada 6 jenis juice minuman. Kaunter buah pon banyak variety siap ada nangka dan local fruit yang banyak. (okay nangka tu takde la nak banggakan sangat, tapi nak bayangkan macam-macam ada sebab mostly tembikai, honeydew and nenas). Makanan nya dari nasi lemak, nasi goreng, kuetiow goreng. Maknaya makanan goreng-goreng. Ke berjenis sup, dan bubur. Ada pulak dim sum. Lepas tu salad bar yang sedap with lotsof cheese dan spread. Then, paling best adalah, waffle and pancake area. Banyaknya choices of topping (choc sauce, peanut butter, caramel etc) termasuk fresh creme. Makanan mereka bukan sahaja cater untuk local tapi siap ada humus dan lain-lain (makanan arab) termasuk jugak mexican delight. OMG! Tak tahu nak explain camner dengan kata-kata. SUPER LIKE!!. Heheheh Gambar pon tak tangkap sebab nak menjaga Qashrin lagi lepas tu pulak malu please bawak camera tangkap gambar bagai. Hahaha lain la kalau datang paling awal kan. Hihihihi


OMG! Sedappppp!!! Spring roll sedap, dim sum sedap, yang belakang pau tu macam kulit tepung garing yang sedap. Gioza sedap..Dan fishcakes yang di-Malaysian-kan rasa pedas-pedas. Cuma pau je Mummy kureng sikit. Seperti biasa, jangan terpedaya Mummy makan ini sahaja. Sebab gambar awal-awal tu dah masuk dalam perut. Hahahah...

Omelette yang SEDAP!! The best omelette ever tasted. Dipenuhi dengan mozarella and cheddar cheese. Tengok cheese nya melimpah. Sedappp sedapppp....

Bahagian patisserie, ada macam-macam ada. Danish, croissant etc. Mummy amik ni untuk Qashrin.

Terfeeling jadi Masterchef Malaysia. Dessert yang Mummy buat sendiri. Pancake and waffle top with fresh cream and caramel sauce and choco sauce. Erk...nama macam pelik je. Takper janji sedap. Dia punya waffle ranggup. Berbanding dengan Hard Rock Hotel waffle dia lembut sebab dia steamkan supaya panas.

Tengok budak tu, makan menda lain taknak. Jenuh nak suap nasi or bihun. Yang ini dia laju. Tapi before balik dia request bihun sup ayam dan fish ball. Banyak jugak dia makan. Tapi badan kerempeng...

 Tengah makan-makan pagi. Tiba-tiba maskot kids club datang buat promotion. Kids club dekat sini adalah kids club yang paling best Mummy pernah jumpa. Sebab ada slides yang banyak. Kalau best beli package RM60 main 3jam, dapat t-shirt, ada lunch, dessert dan soft drink. Dapat pulak, popcorn, aiscreme baskin robin dan ada la 10% off untuk Bar & Grill etc. Tapi rasanya tak cukup masa. Nak check-out pukul 1 pm lepas tu pulak, nak balik Ipoh lagi. Untuk umur Qashrin yang di bawah 4 tahun. Ada small section untuk umur macam tu untuk entrance je RM21.80. Kalau yang nak main slide besar tu, RM31.80.

Okay nasib baik Qashrin menerima kedatangan burung maskot ini dengan hati yang terbuka. Sebab dia sebenarnya dulu sangat takot dengan maskot2 macam ni. Dia siap salam lagi.

Seronok dapat bergambar dengan burung ni. Hahahaha.

Dah makan breakfast, kami naik atas sebentar untuk panggil bilik lagi satu tu. Tak bangun-bangun lagi sebab malam tadi balik pukul 1 tidur pulak pukul 3 pagi main X-box bagai. Nak bangun dah susah. Gerak-gerak suruh siap terus bag sebab nak check-out lagi 2 jam je. So, kami semua cadangnya taknak swim dah. Semua rasa turn-off dengan swimming pool hotel ni walaupon besar ada slide kecik sebab diorang dah jatuh cinta dengan water slides di HRH. Hehehehe. Nak ke tempat ini agak perjalanan yang jauh. Dah nama tempat ni pon Adventure Zone. Adventure jugak nak turun tangga, jalan ikot tepi-tepi tanaman hotel ni.

Kids club sini memang best. Tempat yang besar. Ada space untuk ibu bapa dan juga party space. Memang best!!

 Untuk main di sini, kena pakai baju tangan panjang dan seluar panjang serta stokin. Memang dah baca dalam website mereka, tu yang ready baju untuk dia

Main elok-elok yer jangan nangis-nangis.

Mini slide for them

Buat apa tu sayang. Kejap naik kejap turun. Sebab dia orang pertama sampai sini. Takde geng. Main sorang-sorang tak best lah tu.

Ini slide yang paling best. Kalau nak naik yang tiga slide tu kena pakai sarung dalam bag. Budak-budak main tanpa henti. Happening sangat.

Bila semua dah puas main, ada yang sampai menitiskan air mata sebab terkejut sebab nak turun slide tak ready. Qashrin nangis kejap, Qaira pon menitiskan air mata. Hahahaha. Hampir 2 jam jugak diorang dekat situ. Kami pon dah ready nak check-out. Luggage semua dah ada di bawah. Naikkan dalam kereta, bagi tips dan terus minta jalan ke Nasi Kandar Line Clear. Tapi kata abang tu pulak Nasi Kandar Line Clear tak best dah sekarang ni, cuba nasi kandar kapitan dengan apa ntah lagi satu tak ingat. So, Mummy dah set mana jumpa dulu situlah lunch kami. Alhamdulillah sampai jugak. Sampai dekat area situ jelah. Hahahah. Nak cari tepat memang dah pusing 2 kali tak jumpa-jumpa. Tanya orang dekat area situ, sampai jugak kami. Kami tak beratur panjang sebab order lauk. Order dah la banyak. Tapi budak-budak ni makan ayam dan udang jer. Kari kepala ikan tu ambil kuah je. So, Mummy tanya anney tu boleh tak bungkus kalau nak bawak balik Ipoh. Dia cakap okay takkan rosak punya. Bungkuslah kari kepala ikan dan sotong tu. Jumlah semua ni RM128.80

Ini lunch kami di makan dengan satu jug air kelapa muda. Okayla makan dekat sini.

Bila semua dah kenyang, Mummy pon mulakan perjalanan pulang. Alhamdulillah tak sesat. Balik Ipoh kali ini  agak sesak jugak lebuhraya. Pecut-pecut jugak tapi takot-takot jugak. Hahaha. Ambil masa dalam 2 jam lebih nak sampai. Banyak bus, lori dan kereta slow nak pandu di lorong laju. Susah lah camni kan...Kami bertolak dalam 3.15pm dari stesen minyak Shell Butterworth then sampai dalam 5 pm lebih. Malam tu. di rumah kami dinner dengan kari kepala ikan dan sotong tadi. Dua-dua Opah modified kan. Kari tu Opah tambah santan kotak dan sotong tu buat sambal sotong. Memang lagi sedap rasanya. Sebab kari diorang purely rasa spices je. Diorang kan masak tak pakai santan. 

Alhamdulillah, sampai je rumah memang penat tapi rasa berbaloi dan bangga dengan diri sendiri dapat bawak kereta pergi balik dengan selamat. Banyak yang di plan tak dapat ditunaikan. Antaranya pergi ke bukit bendera, nak makan dekat padang kota lama. Takper next time ada....Mak aih, panjangnya entri ni. Hahaha =P~ 

Xoxo,
Mummy Akmar