31/07/2013

Iklan Hari Raya Yang Paling Sedih

Iklan Hari Raya ni pernah ditontonkan suatu ketika dahulu. Bukanlah iklan Hari Raya baru tahun ini. Ternampak di timeline FB seorang kawan cina. Bila tengok balik, menitis air mata Mummy dekat pejabat ni. Nasib baik boss tak nampak.

Pelakonnya Adik Fizi yang cacat penglihatan dan Adik Ahmad yang separa bisu. Video ini betul-betul menyentuh hati Mummy, teresak-esak bila tengok video ni semula. Kejadian Allah yang tidak pernah dipinta oleh mereka dan mereka amat tabah mengharunginya. Mereka sudah pun berjanji sebelum mereka dilahirkan yang mereka akan menerima nasib begini dan mereka amat tabah. Kalau tunjjuk video ni dekat Qashrin pasti dia menangis jugak. Dia ni sangat sensatif kalau cerita-cerita sedih macam ni. Bila tengok video iklan Hari Raya ni rasa macam insaf dalam diri ini, kita sudah cukup sempurna dan amat bersyukur despite of all the challenges that I have been through. Pasti ibu dan bapa dua orang adik ini tabah menghadapi dugaan Allah mempunyai anak istimewa macam mereka. Betul-betul tersentuh hati ini dalam keadaan kekurangan mereka apabila mereka memegang watak dalam video iklan Hari Raya Bernas ini.


Jom kita semua hayati semula kehidupan kita. Kita harus bersyukur sangat dengan apa yang kita ada sekarang, syukurlah dengan setiap pemberian Allah kepada kita. Dan fikir sejenak, semestinya kita semua ada tujuan tertentu dilahirkan di sini dan untuk apa sebenarnya kita di muka bumi Allah ini.

To Adik Fizi & Adik Ahmad....May all of you grow up in the best of Imaan and be protected by the angels all the time. Most importantly may you receive all the love around you and be blessed by Allah SWT.






Xoxo
Mummy Akmar