18/07/2013

Iftar Hari Ke Tujuh Di Restoren Pakeeza Ipoh

Hellu!! Berjumpa lagi dengan update entri terbaru. Dalam bulan puasa ni, badan macam penat pulak nak tulis topik-topik berat. Hehehe. Jadi entri pasal makanan sahaja lah jadinya. Setakat ini masih dapat meng-update sampai ke hari tujuh dan lapan (di entri berikutnya)


Makan luar lagi. Gara-gara tak lalu nak masak dan buntu menu apa nak di masak. Dulu memang kami suka masak makan ramai-ramai. Kali ini adah 3-4 orang je dalam rumah. Ingat lagi dulu kalau masak memang macam-macam, cucur udang sumbat dengan kuah kacang, puding laici atau karamel, kuih tradisional semua dan macam-macam lagi dibuat sendiri sehingga lauk pauk. Memang takpernah beli di Bazaar Ramadhan pon. Tapi kini, waktu berubah sikit. Maka-nya, kami ni dok nak makan di luar cepat dan pantas. Heeee~ Ingatkan hari ini nak memasak nasi beriyani dan ayam percik.

Iftar ke tujuh Mummy, Qashrin, Opah dan Aiman pergi ke Pakeeza. Menu di sini masakan Northern Indian Cuisine. Kami sekeluarga memang suka makan di sini. Waktu Mummy kandungkan Qashrin pon suka makan dekat sini. Rasanya boleh dikatakan tiap-tiap hari kot. Harga sekepala di sini untuk dewasa RM35 kanak-kanak RM25.

Pihak restoren letak satu khemah berhawa dingin di depan restoren Pakeeza

Ice kacang yang sedap. Qashrin baru nak baik, mintak nak makan ni. Aduhai!

Mee rebus mamak style dan hujung sana akak tu tengah menggoreng cucur udang kucai di makan dengan kuah kacang. SEDAP!

Salah yer Cik. Akmar.. Motif Puan??

Dessert corner. Macam-macam ada. 

Qashrin menjadi orang pertama rasmi buffet pada hari tu. Nasi beriyani di makan dengan sup ayam. Lepas tu dia makan banyak sangat rockmelon dan puding. Gambar ni dia tengah makan carrot.

Dalam pinggan ni ada garlic cheese nan, ayam tandoori, kari sotong, nasi beriyani muttin, plain beriyani, ikan goreng sos thai, chicken vindaloo, papedom dan dhal. Yang tengah pulak ada mutton masala dan roti puri. 

Buah-buahan

Kuih-kuih semua sedap-sedap. Samosa pon sedap

Orang belum berbuka dia dah makan jelly

Meja kami. 

Memang best makan di sini. Nanti nak makan lagi sekali untuk berbuka puasa dihujung-hujung bulan. Semua makanan rasa sedap bukan masak main-main. Banyak lagi menu yang Mummy tak sempat snap. Overall two-thumbs up!  Heeheheheh

Xoxo
Mummy Akmar