19/07/2013

Iftar Hari Ke Sembilan Makan Ayam Percik Express & Nasi Beriyani

Semalam kami telah membuat keputusan kata sepakat taknak makan diluar. Nak makan di rumah sahaja. Berbuka puasa semalam, teringin pulak nak makan ayam percik buatan sendiri. Fuh! Niat dan hajat tinggi menjulang pulak tu, nak makan ayam percik dengan nasi beriyani. Whoahh!! Dahsyat...Mummy gagahkan diri. Balik rumah terus jadi Chef!! Barang-barang semua dah siap tunggu nak di masakkan ajer.

Gambar nasi beriyani lupa pulak nak snap. Kali ini Mummy guna rempah Baba's aroma nya lagi wangi dari rempah Faizah. Apa-apa pon, dua-dua pon okay je kalau nak buat nasi beriyani. Untuk pencuci mulut pula, Mummy ada beli cream caramel di kedai kawan Mummy. Tapi tak sempat ambil gambar. Awal-awal je bersemangat nak ambil gambar lepas tu macam dah tak hirau nak tangkap gambar ni. Nak tunggu berbuka puasa jer. Nanti Mummy kongsikan Resipi Ayam Percik ni.

8 ketul ayam dan kuah cicah berkerisik. 

Solat maghrib bersama si kecil ni.

Malam-malam jam pukul 10malam. Saja tanya Qashrin. "nak makan macaroni and cheese tak?" Qashrin mestilah jawab "Nakkkkk" Sebenarnya mak dia yang nak makan. Alah senang je pun. Mac and Cheese instant dari San Remo. Hahaha....

Cuma tambah 1 1/4 cawan air panas, 1/4 full cream milk dan 1 tablespoon mentega. Masuk dalam macrowave selama 10 minit. Wallah! Dah jadi. Saja nak cuba yang instant punya. Tapi kalau tambah cili flakes lagi sedap. Sebab kalau macam tu je takde kick!~

Alhamdulillah. Berjaya jugak siapkan juadah berbuka. Ingatkan hari ini nak masak simple-simple je. Nak masak mee goreng basah tambah ayam dan fish cake yang digoreng garing-garing. Qashrin suka tu. You all pulak apa juadah berbuka nanti?

Xoxo
Mummy Akmar