18/07/2013

Iftar Hari Ke Lapan Di Syuen Hotel Ipoh

Semalam adalah secara tiba-tiba nak makan dekat luar. Boleh tak cara tiba-tiba? Hahah. Alasan penat cari barang untuk buat hamper. Maka-nya kami pon memilih untuk berbuka di luar sahaja. Kali ini kami memilih Hotel Syuen Ipoh. 


Makanan dekat sini biasa-biasa je. Ala-ala lauk kenduri kendara. Pilihan makanan pon so-so sahaja. Nothing interesting. Bahagian pencuci mulut semua kek sangat kering (tak sedap). Yang lain tu okaylah. Berbuka puasa di sini selesa. Tempat nak solat pon selesa. Harga dewasa RM30 kanak-kanak RM18

Si kecil ni nak bergambar pulak.

Sponsored by Adabi ke ni? Banyak je banner dan barang-barang adabi.

Macam-macam ada.

Main course yang ada ini je. Mixed vege, udang, daging masak kicap, rendang ayam, kuah asam pedas dan sayur soohon. Ada nasi beriyani dan nasi putih. Terambik banyak le pulak nasi beriyani.

Ada macam-macam kueh. Tapi yang suka cucur, jelly, popiah dan buah. Yang lain biasa-biasa je

Hari ni memang nak memasak di rumah sahaja. Tak larat dah buffet. Mungkin next week kot. Nak mencuba di Tower Regency Hotel pulak. Ada lagi niat nak makan di luar. Lepas balik kerja ni, nak bertukang di dapur ler nampak gayanya. Huhuhuhu.

Xoxo
Mummy Akmar