12/07/2013

Iftar Hari Pertama Dan Kedua

Buat tajuk entri macam nak sampai iftar hari ke 30 pulak. Hehehehe. Takde maknanya kan. Rajin sangat ke sampai 30 hari punya menu nak menulis bagai.. Takkan 30 hari nak snap gambar. Hihihihi.

Iftar hari pertama kami biasa jer. Opah masak kari ayam dan sup sayur bayam. Mummy pulak beli roti john dan roti jala dari Pasar Ramadan. Simple tapi sedap dan mengenyangkan. Makanan yang Mummy beli roti jala tinggal sekeping. Kami makan dengan kuah kari ayam Opah masak sebab kuah kari yang di letakkan cair. Manakala roti john pulak lebih dari separuh takde siapa makan. Macam kurang bahan orang tu buat terutama sekali cili sos. Mungkin nak untung kot. Bukan nak mengutuk, tapi kalau menjual tu, jual lah dengan ikhlas dan berpatutan dengan harganya. Gambar tak sempat pulak nak snap.

Iftar hari kedua pula ditaja oleh Pak Nek di Excelsior Hotel. Thank you!  Kali ini semua makanan Mummy ambil sikit-sikit taknak pembaziran. Banyak yang dikongsi dengan Qashrin. Kalau tak Mummy ambil sikit je just nak rasa. Semua makanan simple sahaja tapi boleh lah. Harga pon berpatutan. Ada macam-macam. Yang Mummy suka Assam Laksa dan Mee Kari. Kalau nak di senaraikan memang panjang. Ice kacang, cendol semua ada.

Sementara nak menunggu Opah solat, mari tangkap gambar dulu. Risau dalam hati Qashrin ada batuk-batuk sikit. Masih bagi dia ubat. Mungkin sebab makan aiskrim di Ipoh Club dan ikot Mummy minum air sejuk lepas berbuka. 

Sebelum Azran datang, bagi dia makan cukup cukup. Karang mesti nak main. Bubur lambuk dan dessert kegemaran Qashrin. Banyak jugak dia makan bubur tu

 Kueh mueh ni Mummy share dengan Qashrin separuh separuh. Tapi kueh cucur badak dan kueh gelang tu Mummy je makan. Banyak lagi pilihan dessert tapi cuma ambil satu kek, dua agar-agar dan 2 kueh basah.

Appetizer katanya. Antara banyak-banyak tu, yang dalam gambar ni pilihan Mummy. Kuah kacang agak cair dan tawar. Lemang tu Mummy makan dengan rendang daging. Dan antara buah-buah yang di potong. Tapi ada jugak diorang letak buah manggis dan mata kucing. Qashrin suka manggis. 

Antara main course yang Mummy amik. Ada nasi kerabu dalam 2 sudu Mummy amik. Nasi putih pon 2 sudu. Lepas tu ada kambing masak hitam kicap, rendang daging, ayam percik kelantan, dalca tu Mummy ambil kentang je. Sotong masak gulai lemak cili api dan asam pedas. Dan yang tengah tu udang goreng tepung.

 Lepas tu rilek kejap makan, makan assam laksa. Okaylah. Kuahnya pekat, tak terlalu pedas.

Total semua ni untuk 7 dewasa 3 budak kecik dalam RM200++. Harga seorang taktahu berapa. Sebab taknampak pulak. Lepas je azan, kami didendangkan dengan penyanyi kugiran lagu melayu lama. Overall not bad!

Hari ni taktahu lah nak berbuka apa?.. Opah pon tatau nak masak apa? Hmmm...

Xoxo
Mummy Akmar