15/07/2013

Iftar Hari Ketiga, Keempat dan Kelima

Sanggup jugak nak ambil gambar berbuka puasa untuk hari ketiga, keempat dan kelima. Mungkin sebab lauk beli tayah masak iftar hari ketiga, hari keempat kitaorang berbuka di Hotel Kinta Riverfront dan hari kelima ada yang beli ada yang masak. Jadi, bolehlah rajin nak menangkap gambar.

Iftar hari ketiga kami teringin nak makan nasi beriyani dan murtabak Goodshed. Dulu memang sedap boleh dikatakan famous beriyani dan murtabak. Kedai ni beroperasi sejak Mummy kecik sampai lah sekarang. Tapi kualiti makanan dah kurang dan rasa pon tak sama macam dulu. Keadaan kedai pon kotor. Takperlah kiranya kali terakhir kami nak beli dekat sini


Nasi beriyani dah tak pakai beras basmathi.

Ayam ros pon dah tak rasa macam dulu

Ayammadu manis giler sesangat

Yang ini biasa-biasa je lah.

Untuk pencuci mulut ada karipap, buah melaka dan kuih talam. Tapi untuk Mummy dan Qashrin kami nak yang ini. Hehehe

Iftar yang ke empat pada Ahad lepas, berbuka puasa ditaja oleh Ayah Yob. Kami berbuka di Hotel Kinta Riverfront. Harga dewasa RM65 manakala budak-budak RM35. Tak penuh pun dining hall waktu tu. Kira memang senang nak ambil makanan. Bermacam jenis makanan ada. Pencuci mulut tradisional dan moden, pelbagai jenis mee dan soup, bubur, condiments, berjenis air, ice cream, dan BBQ kambing, udang, kebab, ikan dan macam-macam. Tak terlist. Gambar tak ambil ler pulak. Kami turun betul-betul 5 minit sebelum berbuka sebab Ayah Yob bermalam di situ. 

Kiteorang naik ke bilik Ayah Yob dulu sementara tunggu berbuka

Ini yang Mummy ambil. Semua sikit-sikit nak rasa je. Nasi Bukhari, di makan dengan ayam percik, ada telur dada, mee goreng, lala sambal, dan nasi putih makan dengan seketul daging salai gulai lemak

 Yang ini Mummy ambil banyak sikit untuk Qashrin makan. Dia makan lebih dari separuh. Jenuh jugak nak abiskan. Tak baik membazir.

Sesampai je dalam tu, Mummy terus bawak Qashrin ke Dessert table. Qashrin cakap "mi nak strawberry". Semua jenis dessert yang ada stroberi Mummy ambil. Tinggal tart kuning tu dia makan strawberry je. Yang lain ni Mummy punya. 

Satay pun ada. Mampu makan satu batang ayam dan satu batang daging. Sebab kuah kacang dia banyak letak belacan. Bole terasa. Qashrin makan nasi impit dan timun.


Meja kami sebelum berbuka.

BBQ section pula ada lamb grill, kebab daging, daging bakar, chicken tikka (yang kecik sekali tu), udang bakar. Yang lain Mummy tak ambil

 Ubat batuk Qashrin. Manalah dia tahan kalau tengok yang lain makan menda ni

Makan yer sayang. Balik je rumah hidung dah macam pili air.

Hari kelima pulak semalam. Ayah Yob beli 5 kilo rendang tok di gerai apa nama ntah. Dia masak rasa sama macam Opah. Sekilo dia bagi dekat kami. Ini gara-gara katanya sedap pulak makan kari ikan pari dan rendang tok masa bersahur di Hotel pagi tadi. Abang Mummy tu beli untuk bekalan balik KL untuk anak-anak dia bersahur nanti. So, iftar kami semalam Mummy masak kari ikan, nasi minyak kosong, rendang tok dan juga lemang. Air pula kami minum sirap ros oren.

Dapat snap gambar ni jer. 

Dan juga ini. Lepas tu busy di dapur masak kari ikan dan nasi.

Memang layan makan rendang tok dengan kuah kari ikan. Ntahlah memang selera kami makan kombinasi macam tu. Nak lagi sedap makan dengan sambal belacan. Nyum-nyum. Sedap lah pulak tengok ni. Terliur! Alhamdulillah. Ramadan kali ini banyak rezeki. Bukan rezeki Mummy tapi rezeki El Qashrin Qaisara. Petang nanti nak berbuka di rumah kakak pulak. Dia ada masak Ayam panggang di makan dengan blackpepper sauce dan mashed potato dan juga gulai lemak ketam dan dalca. Fuh! Sangat mendugaaaaaaaaaaa.

Apa pula juadah berbuka anda pula?

Xoxo
Mummy Akmar