20/07/2013

Iftar Hari Ke Sepuluh Di Restoren Waritha Simpang Pulai

Tak sangka masih mampu meng-update entri setiap hari berbuka puasa. Hahaha. Tak kisahlah janji ada entri. Bergerak lah blog ni dari statik je. 


Semalam ingatnya nak berbuka lagi di Pakeeza. Tapi abang pulak ajak berbuka di restoren masakan Thai di Simpang Pulai. Katanya makanan di situ semua sedap-sedap. Restoren Waritha ini agak jauh dari rumah Mummy. Ala-ala kena ikot highway nak sampai ke sini. 

Abang Mummy suruh buat reservation dulu. Bila google, ada pulak nombor telefon bimbit owner restoren tu. So, dengan dalam keadaan lapar bila ordering memang la Mummy order macam-macam.

Menu: Tomyam campur, daging merah, udang pedas, sotong goreng tepung, telur dadar, kerabu mangga, ayam goreng kunyit, mixed vege, kailan ikan masin, ikan siakap stim dan ikan siakap 3 rasa. Semua buat dua set kecuali ikan. Banyak betul makanan Mummy order. Hahaha. Banyak pulak tak abis makanan untuk dua famili.

 Sampai-sampai dalam pukul 7. Dah tersiap susun makanan. Nak tunggu ikan dan udang goreng tepung je

Ikan stim ni memang sedap!

Sotong goreng tepung ni nampak macam cucur. Tapi makan dengan sos dia memang sedap

Ikan siakap 3 rasa.

Meja kami banyak yang tak abis. Sotong goreng tepung, kerabu, udang dan daging merah. Sama dengan meja lagi satu. Nampak macam membazir lah pulak. Nak bungkus, tak lalu pulak nak makan pagi-pagi. Lagi pon takot sakit perut pulak karang. Hehehe. Makan di Restoren Waritha ni, boleh lah. Takde lah power sangat. Sama je macam kedai masakan Thai lain. 

Hari ini, insyaAllah nak masak untuk berbuka karang ayam masak merah, pajeri nenas dan nasi minyak kosong. Larat ke??

Xoxo
Mummy Akmar