29/07/2013

Iftar Hari Ke Sembilan Belas & Sambutan Hari Jadi El Qashrin Qaisara Bersama Mummy

Alhamdulillah! Semalam 28 July 2013 genaplah umur Qashrin 3 tahun. Cepatnya masa berlalu. Rasa macam semalam melahirkan dia. Tak sangka dapat jugak merasai saat mengandungkan anak sendiri. Syukur sangat-sangat. Sambutan Hari Jadi Qashrin mesti dalam bulan puasa atau nak raya. Sebab dia dilahirkan 2-3 hari sebelum Ramadhan tahun 2010 dulu.

Iftar semalam, cadangnya nak ke Royal Ipoh Club tapi abang Mummy (Pak Nek) pulak nak belanja makan di Assam House. So, pergi jugak ke kedai kek semalam suruh Qashrin pilih kek. Dia pilih Rainbow Cake. Yang ikot kami semalam famili Mak Der sekali. Dua kali lah potong kek nya. Hari tu dah buat Sambutan Hari Jadi Ke 3 Di Permata

Makanan semalam sangat meriah. Siap ada Yee Sang (dah macam Chinese New Year). Pak Nek tukar menu gado-gado ke Yee Sang, katanya dia suka makan Yee Sang. Banyak yang dia tukar ikot selera dia dalam Pakej Berbuka Puasa di Assam House. Gambar di bawah mana sempat Mummy ambil.

Fresh Yee Sang 

Udang masak apa tak tau tapi sedap!

Assam Kari Kepala Ikan. Two thumbs up! Hehe

Butter squid. Sotong goreng butter yang sedap.

Kerabu mangga dan sambal bilis timun

Chicken salad dan Lemon Chicken

Tofu.

Dessert

Our Table, the look after. Banyak pinggan besar dah tukar ke pinggan kecil sebab tak muat. Penuh meja! Ada lagi sambal sotong petai, mix vege and kailan.

Terima kasih Pak Nek for a table filled with delicious food and love. Hehehe Pak Nek siap pasangkan lilin kek Qashrin. Seperti biasa kami akan doakan Pak Nek lebih kaya raya. Hahahaha. 

Mummy & Qashrin

Mak Der dan anak menakannya. Haha Sian Pak Uda tak ikot

Rainbow cake pilihan Qashrin. 

Semua tengah menyanyi ni. Siap pasang lagu bergema satu kedai. Hahaha

Kiss from Mummy

Happy 3rd Birthday El Qashrin Qaisara. Mummy loves you baby!

Makanya, tamat sudah sesi potong memotong kek ni. Tak tahu lah kalau rajin waktu open house nanti buat di rumah. Sampai 3 kali potong kek ni. Hahaha. Okay ada meeting now. Bye!

Xoxo
Mummy Akmar