22/07/2013

Iftar Hari Ke Sebelas, Duabelas & Rezeki Di Bulan Ramadhan Yang Bertambah

Wuhuuu.. Sampai hari ke dua belas update. Hehehe. Apakah maksudnya? Maksudnya entri yang paling senang. Yerlah bulan puasa ni kita citer topik-topik ringan walaupun sebenarnya takde idea nak menulis. Hahaha.

Okaylah sharing is caring. Manalah tahu kita kongsi-kongsi gambar makanan ni, boleh lah bagi inspirasi atau idea untuk akak-akak kita nak masak untuk juadah berbuka. Yerlah mesti ramai yang pening hari-hari ni nak masak menu apa untuk berbuka. Kalau beli di Pasar Ramadhan tu belum tentu sedap. Ramai yang complaint katanya 70% makanan di PARAM ni semuanya atas dasar nak untung lepas tu kualiti ZERO. Macam-macam cerita, lauk basi, tak masak, tak sedap, kurang gula itu dan ini. Takper akak-akak, meh tengok blog Mummy Kemar ni boleh lah kot kot ada idea nak memasak. Tengok gambar terus ada idea nak main masak-masak kat dapur. Hehehehe

Untuk iftar hari ke sebelas. Dengan rajinnya, macam biasa, siapa lagi nak jadi tukang masak dekat rumah kalau bukan Mummy. Bukan nak puji diri sendiri tapi dah memang takde orang. Hahaha. Abis siapa? Qashrin?? Huhuhu. Hari Sabtu tu Mummy masak Ayam Masak Merah dan Gulai Pajeri Nenas. Sepatutnya kami bertiga je makan, tapi abang dan anak-anak dia pun datang memeriahkan suasana. Sebab mak diorang kerja.

Ini gigih menunggu ni. Kami makan di meja belakang je. Kueh-kueh tu beli di PARAM tapi dipercayai sedap-sedap. Boleh lah..Meja depan penuh dengan barang-barang nak membuat hamper Raya. 

Iftar hari ke dua belas pulak Opahnya teringin nak makan Nasi Ayam. Siapa lagi jadi chef kalau bukan Mummy. Masak lagi ler. Tapi malas nak menggoreng. Mummy cadangkan untuk buat ayam panggang. Slow cook dalam oven dan bila nak menggaringkan, keluarkan air-air ayam tu dan di masak atas dapur untuk gravy. Senang kerja! Famili abang dan anak-anak dia pun berbuka bersama jugak. Seronok sangat tengok Qashrin makan. Abis semangkuk nasi dan ayam serta sup ayam sekali licin. Happy hati Mummy!~

Semuanya peha ayam senang nak masak. Ada 20 ketul semuanya cukuplah untuk kami berbuka dan sahur nanti. 

Ayam panggang yang dah siap di masak. Lupa pulak nak snap gambar nasi ayamku. Sedap pulak nasi ayam Mummy masak semalam pakai berasmati. Haha puji diri sendiri pulakkan. Tapi siapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri? Tapi ramai yang tambah dua kali. Kuah cili pulak, pakai cili kisar je, kalau pakai cili hidup lagi best baru feel macam nasi ayam sebenar. Tapi sedap jugak...

Untuk pencuci mulut, Donut Big Apple! Yang strawberry tu permintaan Qashrin. Abis satu dia makan. Yang kosong pulak Opah punya. 

Dua hari berturut-turut memasak. Hari ni nasib baik Opah call tadi Pak Nek nak bawak berbuka di luar. Alhamdulillah. Pheww! Lega...Hahaha Bole camtu kan? 

Oh yer! Rezeki Ramadhan lagi, terima kasih kepada Pak Nek sponsor kain baju kurung untuk Mummy dan Qashrin dan juga settled-kan upah bayaran jahit untuk 3 pasang sorang untuk Mummy dan Qashrin. Kami doakan Pak Nek lebih kaya dari sekarang. Doa kami insyaAllah akan dimakbulkan. Hahaha. Nak tunggu tailor siap jahit je ni. =)

Xoxo
Mummy Akmar