16/07/2013

Iftar Hari Ke Enam Di Rumah Kakak

Tak sangka dah 6 hari berlalu. Cepat betul masa berjalan. Semalam dapat jemputan ke rumah Mak Der (my sister) untuk berbuka puasa di sana. Bermacam-macam menu ada. Dah rasa macam makan dekat Hotel pon ada. Hehehe. Semalam rasanya makan paling banyak sekali dalam bulan puasa. Makan sampai tiga pusingan.

Round ONE - Roasted black pepper chicken with Cheesy creamy vege sauce and mashed potato


Round TWO - Gulai lemak cili padi udang and Dalca Vege


Round THREE - Curry Mee and Dessert


Memang penuh betul perut semalam. Walaupun ambil sikit-sikit tapi rasa nak meletop kot perut. Pencuci mulut ada cucur udang tapi tak larat nak masuk gambar. Hehehe Mee kari pulak permintaan anak lelaki kakak so dia masak lah. Lauk pauk tu pulak untuk Opah takot nanti boring makan ayam. Semua makan tiga round. Alhamdulillah. Kenyang sangat!! Semalam takyah nak masak-masak apa pun. Semua dah ready. 

Xoxo
Mummy Akmar