24/07/2013

Iftar Hari Ke Empat Belas Di Rumah Abang

Semalam berbuka di rumah abang. Takyah nak masak-masak. Hehehehe. Lega sikit takyah nak masak-masak. Hahaaha (dasar tak berapa nak rajin). Bukan malas tau! =p~ Semalam kakak ipar masak kan. Mummy datang bawak kueh dan kek sahaja.


Kari ayam, pecal, sambal tumis ikan bilis, ayam goreng rempah dan jelly fruit cocktail. Yang dalam tupperware tu Opah bawak dari rumah.

Menu sampingan, kakak ipar masak pulak Sizzling Yee Mee! Sedap pulak. Tak cukup dua ketul mee ni masak lagi 2 ketul. Makan panas-panas memang layan dengan shitake mushroom dan ayam. Nyumss

Hari ni ada Majlis Berbuka di Permata, kami ditugaskan bawak bubur pencuci mulut. Opah tolong masakan bubur kacang. Tak tahu nak berbuka dekat sana ke tak sebab sian pulak anak saudara sorang-sorang di rumah. Ajak ikot taknak pulak. 

Korang berbuka apa semalam? Hehehe

Xoxo
Mummy Akmar