15/07/2013

Hujung Minggu Yang Penuh Aktiviti Dan Rezeki Bulan Ramadan

Macam biasa, bulan puasa ke tak puasa ke. Perkara yang kena dibuat mesti dilaksanakan. Hari Sabtu lepas, bukanlah hari banyak sangat kerja. Cuma dah banyak hari terfikir nak gunting rambut anak kesayangan Mummy tu. Haritu barulah berkesempatan nak trim rambut dia. Niat nak bagi dia simpan panjang dan potong rambut depan je. Sebenarnya, nak pergi foot & body massage terlintaslah nak bawak Qashrin sekali potong di Salon sekali. Tempat spa ni ada saloon sekali. Memang baguslah. Mummy nak membetulkan urat-urat ni, Qashrin boleh potong rambut. Hehehe. Qashrin punya selesema masih ON & OFF. Kejap okay kejap tak. Baru nak baik nak suruh pergi sekolah, dah meleleh hidung. Gara-gara nak jugak makan ice cream dan minum air ais. Yerlah dah berbuka di luar. Mana taknya kalau dah tengok cousin dia sedap makan ice cream. Hahaha.


Minggu lepas Qashrin dah cakap, "mi, cikgu Anis suruh bawak getah rambut sebab rambut depan dah panjang"

Keadaan masih terkawal. Sanggup pusing duduk tengok Mummy bukan tengok cermin.

Dia dah mula resah dah. Siap cakap "mi, tengkok ichin gatal". Dok garu-garu tengkok.

Ni tahap taknak layan dah. Pasrah mode. Termenung. Cakap lah apa dengan dia. Dia buat DONNO je

Ini lagi lah muka dah tengok ke arah pintu masuk tadi. Haha.


Mummy memang suka urut-urut badan ni. Sejak kerja di UTC ni, tiap-tiap hari Mummy naik tangga kalau parking basement. Maunya urat tak jadi tegang. Harus kena urutkan? Hehe Tempat ni pulak dah jumpa yang sesuai dengan badan Mummy ni. Tapi tulah susah nak berkomunikasi. Masseur semuanya dari negara China. Memang terpaksa jadi ayam dengan itik ala-ala cakap bahasa isyarat pon ada. Hahahaha. Niat nak urutkan badan ni sebab biasalah penat berjalan jauh waktu puasa ni. Satunya nak mencari barang bertemakan Hello Kitty. Satu pekan lama tu Mummy menapak berjalan kaki hari Jumaat lepas. Lepas tu pulak, plan hari Ahad nak berjalan kaki lagi.

Hari Ahad tu berjalan ke SSF terus ke KK Home Deco terus ke De Garden (Mr. DIY) dan kedai barangan Jepun ala-ala Daiso tu. Alhamdulillah, rezeki bulan Ramadan. Mummy dapat projek siapkan Hamper Hari Raya bernilai RM1800. Orang tu nak kueh sahaja dalam hamper tu taknak macam dekat pasaraya yang tambah macam-macam dalam tu. So, satu hamper bernilai RM250-300 dan dia nak 7 hamper. Jadi, Mummy fikirkan kenalah sediakan barangan yang berkualiti. Sebagai contoh canister, bakul dan bunga adalah re-useable tak macam hamper lain yang pakaikan bekas plastik dan lepas tu orang buang. Itulah hari Ahad semalam berjalan kaki, naik turun tangga bagai. So, nak lah pamper-kan diri sebelum itu. Hehehe. Alhamdulillah. Rezeki untuk Qashrin. Syukur-syukur. Kalau rajin nanti bolehlah Mummy update kan gambar tu nanti. Sebab belum buat apa-apa pon. Tengah tunggu kueh-kueh raya datang baru nak beli barang nak buat hamper. Tapi dah buat list barangan apa nak beli dan juga budget.

Xoxo
Mummy Akmar