20/07/2013

Hasil Percubaan Kek Hello Kitty

Selepas dari entri  "Qashrin Mintak Kek Hello Kitty Untuk Hari Jadi Ke 3". Dengan beraninya Mummy buat kek percubaan untuk Qashrin. Kek yang berbentuk kepala Hello Kitty. Waktu buat kek ni sebelum bulan puasa dan Mummy dibantu oleh anak saudara dan Qashrin.

Okay, Mummy cakap awal-awal dulu PLEASE JANGAN GELAK kalau tengok hasil Kek Hello Kitty yang Mummy buat ni. Memang cadangnya Mummy akan buat kek ini untuk Hari Jadi Qashrin Ke 3 nanti. Tapi disebabkan agak busy dengan kerja dan juga tempahan hamper hari raya 2013, Mummy pon niat nak meng-order je. Hahaha Telah ku katakan, mesti order jugak akhirnya.

Kek ini takde masalah apa pon, cuma finishing and decorating part tu je Mummy kena brush up sikit. Yerlah waktu buat tu pon lepas balik kerja. Kek semua menjadi dan sedap. It was very buttery butter cake and everyone loves it. Cuma masa tu takde. Tak tahu lah kalau rajin jugak, Mummy akan buatkan untuk Qashrin. See how it goes lah nanti.

Hello kitty cake pan that I bought earlier. 

 It was my first attempt to do such cake. I should have not put all the mixture in the cake pan. 
Waktu masak dalam oven melimpah ruah. Hahaha.

 Baru je masuk kejap. The cake started to risen up. Sian takde ruang sampai melimpah. Rugi tau.

My comot Hello Kitty Cake. Hahahaha. I covered the fondant on the cake and did the bow and the nose too. The fondant was too small to cover the whole cake and resulted as jagged edge at the bottom of the cake. Kalau lebih fondant boleh lah smooth kan the edges. Gara-gara nak menjimat. Haha. For the eyes and whiskers, I just get a chopstick and drew them. Senget-senget misai dan mata. Qashrin menyibuk tepi nak tengok Mummy melukis. Hahaha Tak larat nak melenyek lagi dengan warna lain. Selepas je kek siap, Mummy buat butter cream pulak, sapu dulu di permukaan kek sebelum letak fondant.

Tried to do a ribbon from the fondant

My little helper also had some fun doing creative figurines. Qashrin cakap "mi, Qashrin buat bentuk ayam". Tapi nampak macam cacing. Hahaha

The butter cake. Abis muka Hello Kitty kena potong. Abis licin!

Ntahlah. Taktahu lagi nak buat kek ke tak. Sebab waktu buat ni sebelum bulan puasa. Kalau bulan puasa keadaan agak penat sikit kurang bertenaga. Banyak nak kena fokus kalau buat kek macam ni lebih-lebih lagi pakai fondant! Lepas tu nak mengemas dan mencuci pon jenuh. Itulah. Rasa nak order je sebab dah jumpa kedai kek yang buat muka hello kitty dan pakai fresh cream. Harga pon berpatutan. Wuwuwuwuw. Tapi dah niat. Camner ni? Hehehehehe. Tengoklah camner nanti. Untuk goodie bag Qashrin pula, Mummy guna paper bag ada gambar Hello Kitty depannya. Dalam tu nak isikan makanan untuk kawan-kawan dia.

Dua perkara yang perlu diperbaiki ialah

1) Kurangkan bancuhan kek dalam takung kek sebelum masuk ke dalam oven. Kiranya letak dalam separuh sahaja kerana kek ini akan mengembang lagi separuh.

2) Melicinkan permukaan fondant supaya nampak kemas dan cantik. 

Apa pendapat anda dengan hasil percubaan pertama Kek Hello Kitty Comot Mummy ni? Okay tak? Hahaha

Xoxo
Mummy Akmar