25/07/2013

Hamper Hari Raya 2013 Eksklusif Dari Qashmere

Sekarang masa untuk membuat Hamper Hari Raya. Setakat ini dah siap 3 Hamper. Jenuh jugak buat hamper ni lagi-lagi ada si kecil yang rajin membantu. Empat lagi hamper is on the way. Empat Hari Raya Hamper ni sangat penting dan customer nak ambil ketujuh-tujuh Sabtu ni. Yang lain ada tambahan order yang baru untuk siapkan 10 Mini Hari Raya Hamper. 


Setiap Hamper Hari Raya akan diletakkan personalised sticker, ribbons dan wish card tag. Hehehe. Mode rajin is ON!



Terima tempahan Hamper Hari Raya 2013
Biskut Choc Snow Balls. Kotak ni Mummy lekatkan personalised tag and ribbon.

Sama yang ini juga. Dalam kotak besar tu Biskut Choc Truffles dan kotak kecil ni Choc Snow Balls.


Design hamper hari raya 2013, Hamper Hari Raya, Cookie Hamper, Corporate Gift Hamper
Hamper Hari Raya 2013 yang sudah siap. 



Ini lah rupa wish card untuk setiap hamper. Tak sempat pulak nak snap.

Suasana Hari Raya semakin tiba. Ramai dah mula dapat tempahan kuih hari raya dan juga hamper. Kalau ada yang nak bawa pulang ole-ole atau buah tangan untuk kawan dan saudara mara. Tak lupa juga untuk Majlis Hari Raya dan rumah terbuka. Kalau nak order Hamper Hari Raya tu bolehlah hubungi saya di theqashmere@gmail.com Boleh ikot budget & design anda. 

Xoxo
Mummy Akmar