08/07/2013

Aktiviti Hujung Minggu Sebelum Ramadhan Tiba

Hello peeps! How is your Monday treating you? Mesti macam ada jawapan yang "OK" dan "Tak Berapa Nak OK". Hehehe.


Cerita pasal Hello Kitty Cake, Mummy dah buat lepas balik kerja Jumaat lepas. Gambar Kek fondant tu telah pon Mummy share dalam facebook. Tapi banyak lagi boleh diperbaiki walaupun ada yang cakap cute dan comel tapi bagi Mummy agak comot. Buat fondant cake ni memang kena penuh fokus. Nanti Mummy share kan bile kek yang Mummy akan buat untuk Harijadi Qashrin nanti. Barulah boleh tengok efek "before" and "after". Hehehehe. InsyaAllah, kalau rajin boleh nanti share je entri kek tu sebab nak tunggu harijadi dia sure lambat kan. 

So, last weekend sangat meriah dengan kehadiran anak-anak saudara dan banyak aktiviti. Opah pulak order pulut kuning dan rendang pedas hijau dari jiran. Atuk pon bawa balik kueh talam, bubur kacang dan pulut dan jugak ayam goreng rempah baki dari kenduri. Mummy pulak masak nasi beriyani, ayam masak merah dan dalca ditolong oleh kakak dan maid dia. Memang banyak rezeki hari Sabtu.


Nyum-nyum..Makan pulut kuning sebab teringin sebelum bulan puasa.


Nasi beriyani rempah Faiza dan ayam masak merah. Gambar Dalca tak sempat pulak nak snap.

Dah makan-makan tu, ingat nak ke cinema nak tengok Despicable Me 2. Tapi tiket abis, yang ada hanya seat depan sekali. Dahla kitorang datang dengan rombongan 2 buah kereta. Hahaha. Sian Qashrin tak dapat tengok wayang. Terus, kami bawak budak-budak ni pegi play land selama 2 jam.

 Ommey Mummy

Sempat lagi...

Ahad pun macam biasa. Aktiviti masak memasak. Menu pajeri nenas, ikan goreng, sayur dan sambal belacan. Menu permintaan si Marissa. Pak Andak dan famili pon ada datang. Bawak buah tangan dari Paris. Mummy dapat t-shirt dan Qashrin dapat t-shirt and Mickey Mouse candy pop. Opah pulak dapat handbag. 

Baju Qashrin ada diamonds. Super like!

 Ingatkan bag LV...

Rupanya Salvatore Ferragamo. This bag has its own name called Noah and made from calf's skin katanya. 

Malam Ahad pula, Pak Nek belanja semua makan di Caterbest. Yang pergi pon Mummy, Opah dan Atuk dan anak-anak abang je. Balik rumah kekenyangan. Apa lagikan...tidur... Hehe

Xoxo
Mummy Akmar