03/06/2013

Trip Ke Terengganu - Cuti Sekolah Bulan March Part 4

Ini lah cerita yang tak abis-abis lagi. Cerita ke Terengganu hari terakhir. Walaupun baru je balik bercuti dari Thistle Port Dickson. Penat jugak buat entri bersiri ni. Entri pergi Universal Studio Singapore pon tergendala. Hari terakhir tu tak tulis-tulis sampai hari ni. Ish Ish.


Inilah pemandangan yang sangat menarik masa kami datang hari pertama.

Hari terakhir tu memang takde aktiviti sangat. Kami bersarapan pagi di Hotel Primula sahaja. Seperti biasa, budak-budak ni akan mandi di kolam relam untuk terakhir kali sebelum pulang. Kami, geng ibu-ibu, tak melepaskan peluang beli baju kaftan di souvenir shop di Hotel tu untuk Qashrin pon ada. Cute sangat!

Budak cinonet posing dengan kaftan Terengganu.


 Dah bersiap semua, kami lunch di sebuah kedai di tepi jalan. Memang best kedai tu sebab ada ayam percik, ikan percik dan macam-macam. Kedainya biasa sahaja tapi makanannya semua sedap sedap belaka. Macam home-cook food. Tapi lupa pulak nak ambil gambar sebab tangan ni dah macam sotong nak mendukung Qashrin lagi nak bawak handbag lagi kan.

Sempat snap gambar Qashrin tengah minum jer di kedai makan tu. Kembangnya rambut Qashrin. Hehehehe

Dah kami makan-makan, perjalanan diteruskan ke Kampung Losong sekejap untuk beli keropok losong mentah untuk di bawa pulang. Dekat area tu banyak jugak kedai, bukan sahaja mereka menjal keropok losong tetapi ada jugak jual kain batik sutera Terengganu. Kakak ipar borong sampai 4-5 pasang sebab mereka tengah buat promosi penghabisan stok.


Dari situ, kami pon teruskan perjalanan untuk pulang ke Kuala Lumpur. Teruk jugak perjalanan pulang sebabnya kami ikot jalan kelapa sawit dan ada ternampak laluan ke Tasik Kenyir. Dalam jam 6 petang, kami singgah di R&R untuk minum petang sebelum meneruskan perjalanan lagi.

Ikot jalan kelapa sawit ni agak scarry. Tapi Alhamdulillah, semua okay. Jalan agak sempit, jalan tar berkeadaan yang tidak berapa bagus. Takde perumahan langsung

Ada yang makan bihun sup dan mee kari. Mee kari dia biasa-biasa je, lagi sedap bihun sup.

4 Meja untuk famili masing-masing


Perjalanan memang agak lama, tapi bertambah lama apabila sampai je di tol Karak, ada pembaikan jalan yang menyebabkan traffic jam! Adoih.  Bumper to bumper. Memang penat! Kami sampai KL pun dalam 9 malam dan terus ke A&W Petaling Jaya untuk makan malam. Memang lega sangat dapat minum rut bir float sejuk-sejuk. Hehehehe Semua memang penat dan kami tidur satu malam di KL dan esoknya Mummy drive perlahan-lahan pulang ke Ipoh.

Yeay! Berjaya abiskan cerita trip kali ini. Heeeee~

Xoxo
Mummy Akmar