26/06/2013

Syura Menang MasterChef Selebriti Musim Ke 2

Akhirnya sangkaan oleh peminat MasterChef Selebriti Musim Ke 2 kali ini terjawab. Setelah 10 minggu bertarung dan mengharungi pelbagai cabaran serta berdepan dengan saingan bersama 18 selebriti yang lain. Penyanyi Syura dinobatkan sebagai juara program MasterChef Selebriti Malaysia malam tadi.

Syura menewaskan Celina Khor apabila menu ciptaannya yang bertemakan "Sajian Sehangat Bintang" berjaya memikat hati juri. Sajian yang dihidangkan adalah untuk menu hidangan kelas pertama dalam sebuah penerbangan MAS. Tiga jenis sajian yang dipertaruhkan oleh kedua-dua peserta terakhir iaitu pembuka selera, makanan utama dan pemanis mulut.


Dengan kemenangan itu, Syura dapat mengumpul dana sebanyak RM 60, 500 yang akan disumbangkan kepada Badan Kebajikan Kanser Payudara Persekutuan dan juga beliau memenangi hadiah dua tiket penerbangan pergi balik ke Paris menaiki pesawat A380 Kelas Perniagaan dan hidangan milik Syura akan dihidangkan di pesawat Kelas Pertama tersebut.

Di bawah adalah gambar-gambar sajian yang dihidangkan oleh Pemenang MasterChef Selebriti Ke 2 yang sememangnya nampak menyelerakan dan kreatif.