11/06/2013

Siapa Pernah Alami Resedung / Sinus

Semalam terpaksa amik MC. Terpaksa pergi Hospital Pantai berjumpa dengan Dr. Michael sebab dah tak tertahan lagi demam,sakit kepala dan batuk tanpa henti. Selepas sahaja pergi Emergency Department hari Ahad lepas, demam masih ada dan hanya bergantung pada dua jenis ubat sahaja. So, my mom pon dah cakap jangan tunggu hari Selasa, pergi awal sikit.

So, semalam pagi-pagi terus call klinik tu nak mintak awalkan appointment sehari awal. Nasib baik doktor yang angkat dapat cakap dengan dia. Pada mulanya sesi memang dah penuh tapi dengan pujukan rayu (hahaha) dan tonasi suara yang nak menangis dah melalui telefon tu. Doktor pon bagi datang. Mau nya tak menangis. Kalau ikotkan minggu ni dah masuk minggu ke 4 demam sakit kepala ON and OFF.

Bila berjumpa dengan doktor pakar ni. Memang dia explain in details. Kenapa terjadi Sinus atau Resedung ni. Mucus yang terkumpul dalam permukaan dan rongga di muka dan hidung ni keluar tanpa henti terus masuk ke tekak yang menyebabkan batuk. Masalah batuk sekarang ni bukanlah masalah asthma. Jadi, dah ada menda yang trigger resedung ni. Kiranya dah dapat alahan atau alergi yang tak tahan pada sistem pernafasan. Jadi, badan cuba bertindak yang menyebabkan radang terhasil. Itulah jadinya demam berterusan. Selalunya resedung orang akan kaitkan dengan gatal-gatal pada muka dan hidung, selesema yang teruk dan muka berjerawat. Tapi, Mummy takde pun menda tu semua. Demam dan batuk yang teruk datang secara tiba-tiba je. Ternyata udara dalam bangunan ni tak berapa sesuai untuk Mummy. Tekak ni dah merah sebab batuk pon tanpa henti yang kuat sebab tu menyebabkan muntah  mucus yang dinamakan Acid Reflux. Tekanan pada perut yang boleh menyebabkan tertolaknya cecair dan juga makanan bila batuk. Doktor sampai bagi MC satu minggu. Tapi hari ini terpaksa jugak datang ke pejabat kerana boss ada meeting penting di luar. Nasiblah dapat boss yang memahami yerlah baru mula kerja dah cuti-cuti sakit bagai. Dalam hati dah rasa nak resign dah. Sebab dah jadi fobia bila ingatkan pejabat. Tapi cekalkan hati jugak demi anak. Mungkin ada hikmah disebalik sakit ni. So, memang tengah bersabar. Kalau ikotkan hari ni dah nak tulis surat berhenti. Huhuhuhuh

Siap lukis arrow merah lagi.

Memang hari ni rasa lega sikit. Masih pakai mask di dalam pejabat. Doktor pon dah ajar cara breathing technique yang betul dan bila perlu batuk dan juga cara batuk. So, semalam tambahan lagi ubat. Ubat antibiotik, ubat untuk hidung, nasal spray masih terus digunakan dan juga doktor ada bagi Sinus Care Starter Kit.

Pertama kali pakai menda ni memang kekok. Ini untuk Sinus & Allergy Relief. 

Bancuh sachet yang diberikan dalam botol ni. Sumbatkan dalam hidung kanan, buka mulut dan tekan botol ni. Air tu akan keluar di hidung kiri. Macam kira flushing pada rongga-rongga hidung. Gigih okay buat ni. Sebab 200ml perlu di habiskan. 100ml hidung kiri 100ml hidung kanan. =(


Hari ni masih cuba kuatkan diri untuk berada dalam UTC ni. Masih berharap untuk cepat sembuh dengan ambil ubat-ubatan ni sebab dah tak lalu nak demam, sakit kepala dan batuk. Kalau batuk sahaja tu takper. Tapi demam dan sakit kepala tu memang satu yang menyeksakan. Boss siap bagi cadangan jalan-jalan keluar 10-20 minits untuk dapatkan udara segar. Hmmm....

Xoxo
Mummy Akmar