27/06/2013

Sambutan Hari Keluarga Permata Bercham

Minggu lepas ada lagi aktiviti bersama Pusat Permata Anak Negara Bercham iaitu Sambutan Hari Keluarga. Kali ini diadakan di Lost World Of Tambun pada 16 June 2013. Mummy bayar pon di saat-saat akhir. Lagi sekali Cikgu Mira call Mummy suruh Qashrin datang untuk latihan sukan. Selalu sahaja ponteng. Lepas tu Cikgu Tia pula call nak minta I/C siapa yang pergi. So, Mummy bagi I/C Opah jerlah sebab waktu tu pon Opah di KL dengan Qashrin waktu cuti sekolah.

Tiga hari sebelum ke sana, Cikgu Mira call Mummy tanya samaada boleh ke tak jadi MC dan sponsor banner untuk Hari Keluarga. Pasal jadi MC tu memang Mummy terpaksa tolak awal-awal sebab, betul-betul baru baik dari demam, batuk dan sinus. Takot terbatuk-batuk nanti walaupon tengah proses pulih sepenuhnya. Takot nak bagi jaminan. So, baik tolak awal-awal dan Mummy bersetuju nak sponsor banner.

Pada Sabtu, ramai pulak anak saudara nak ikot. Yang pergi Edry, Adrian, Aiman, Marissa, Maisara, Azran dan juga Mama Achik dan anak dia. Rata-rata nak bagi support dekat Qashrin di hari sukan tu nanti. Qashrin di rumah memang bersemangat waja nak melompat-lompat. Mummy siap sogok lagi  "kalau Qashrin buat betul-betul Mummy bagi hadiah lagi special dari hari tu". Sampai gitu sekali. Yerlah mestilah nak tengok Qashrin menang. Tapi boleh pulak hari sukan tu, dia buat perangai. Menangis-nangis nakkan Mummy. Eeeee geram betul. Qashrin dapat No 3. Lepas tu pertandingan perseorangan kalah teruk. Hahaha. Mood dia rosak bila masa suruh ambil gambar beramai-ramai dengan anak-anak yang datang awal. Terus masam mencuka sampai masuk dalam mood dah rosak. Macam-macam lah Qashrin ni. Tapi lepas main-main tu, nak main kolam tak nangis pulak. Seronok bagai. Hahaha.

Adalah ambil beberapa keping gambar mana yang sempat. Banyak gambar lain tak sempat nak amik. Group photo ramai-ramai bersama ibu bapa yang lain. Gambar makanan yang kami makan. Dan gambar Qashrin tengah main air, naik kereta api, carousel dan kids slides. Semua tu tak sempat nak di ambil. Yerlah, tangan ada dua jer, yang lain seronok pi naik slides yang pusing-pusing tu. So, jom tengok gambar di bawah.


 Awal-awal dah berlari berpeluh-peluh. Time ni mood okay lagi.

Confident pakar turban shawl lilitan sendiri. Hehehe. Last-last bukak jugak sebab dah panas. Hihihih

 Bila suruh group photo, muka dah masam!! Sama le dengan budak india belakang tu. Stok moody macam Qashrin. 

Ramai juga company lain buat Family Day walaupon bukan cuti sekolah

 Mood okay balik bila tengok air.

 Dekat pasir ni lah kitaorang buat sukan. Gambar pon tak ambil. 

 Muka nak main air lagi tapi lapar.

 Banner yang di taja oleh Mummy. Simple je.

Mummy pun ada sertai sukan bersama ibu-ibu yang lain. Menang dapat hampir tapi bukan menang nombor pertama. Takperlah, sahaja untuk suka-suka. Lepas je balik tu. Memang penat betul badan. Berjalan tanpa pakai selipar memang sakit kaki-kaki ni lepas tu kadang mendukung Qashrin. Semua memang kepenatan. Qashrin keesokkannya bangun lambat. Tapi Mummy terpaksa bangun pergi kerja. Huhuhu

Xoxo
Mummy Akmar