26/06/2013

Sambutan Hari Guru & Ibu PERMATA Bercham

Rasanya tak terlambat kalau nak kongsikan pengalaman anak Mummy pertama kali menyambut Hari Guru dan Hari Ibu bersama kawan-kawan di Pusat Anak Permata Negara Bercham. Walaupun haritu dah dapat Kad Istimewa Hari Ibu dari Qashrin dengan bimbingan cikgu-cikgu. Pada majlis tu pon dapat lagi. 


Waktu hadiri Majlis Sambutan Hari Guru & Ibu di PAPN Bercham ni. Mummy sememangnya tak berapa nak sihat sebab baru beberapa hari kerja di UTC terus dapat penyakit Sinus. Muka memang nak tidur jerlah. Hari tu juga sempat Mummy sediakan sedikit makanan sebab majlis kali ini ala pot-luck. Cikgu ada pesan bawa FishBall tapi sebagai tambahan Mummy masakan pasta kegemaran Qashrin selain spaghetti iaitu Baked Cheesy Penne in Tomato Sauce. Balik kerja terus masak apa yang patut. 

Sekarang ni, Mummy ingat nak berhentikan Qashrin. Sebab asyik memonteng jer sebab sakit. Tak tahulah sebab ke sekolah tu dia sakit atau dia ada takot kan sesuatu. Dah seronok tak pergi sekolah kalau nak gerak ke sekolah memang dia taknak. Lepas tu bagi alasan macam-macam. Nampak macam fobia dia nak ke sekolah. Entahlah. Rasa nak berhentikan dia sekejap. Tahun hadapan, memang takde ponteng-ponteng dah. 

Persembahan untuk hari tu pun. Cikgu Mira siap call suruh Qashrin datang sebab takot nanti dia tak tahu nak buat apa nanti. Mummy siap berpesan. "Kalau Qashrin buat betul-betul atas stage nanti Mummy bagi hadiah special untuk Qashrin". Alhamdulillah dia tak meraung macam first performance Chinese New Year hari tu. Dia banyak termenung jauh bila atas pentas tu. Ikot sikit-sikit je gerakan. Bila tanya kenapa? Jawabnya "Nak Mummy...." Aiyooo. Lepas tu, boleh je tengok muka Mummy ni kan. Dekat rumah kemain lah dia buat sebijik dia belajar dekat sekolah. Hari betul-betul, malu la tu. Hahaha...Tapi memang kena ready  hadiah untuk dia. Mummy dapatkan 2 kitchen play set. Seronok tengok muka dia sebab dia rasa puas hati tak nangis bila dapat hadiah tu

 Pakai dress Gymboree baru. Besar sikit. Terpaksa pin dekat belakang dia.

 Baru dia nak mengatasi masalah nangis-nangis. Kawan dia sebelah dia pulak nangis. Termenung jauh ler ingat Mummy.

 Apa la yang difikirkan tu.

Omey omey.

Qashrin Loves Mummy

 Bersama-sama cikgu-cikgu permata

 Qashrin apekehei dah jauh bebenor ke sana tu.

Hehehe 

 Semua ibu dapat hadiah dari anak masing-masing

Gambar cikgu tangkap untuk hadiah yang di buat oleh Qashrin. Dapat fresh rose dan another kad.

Ini muka dah tak tahan nak Mummy. Berkerut dah dia.


Lepas persembahan, ada pulak sesi potong kek beramai-ramai. Dan semua menjamu selera. Ada macam-macam makanan. Ada nasi tomato, ayam masak merah dan acar timun. Yang lain semua di bawa oleh ibu bapa masing-masing. Macam-macam kueh mueh, dessert dan makanan lain. Dah abis-abis tu, tolong kemas-kemas mana yang patut. Sampai je rumah telan panadol dan tidur sebab Mummy masih demam.

Xoxo
Mummy Akmar