28/06/2013

Resipi Strawberry Crepe Sedap

Sebenarnya, banyak aktiviti makan-makan dan masak memasak dijalankan. Acara seumpama ini adalah acara yang selalu kami adik beradik buat. Dalam erti kata lain, nak berdiet pon takkan dapatlah. Hahahaha. Entri-entri seumpama ini terberhenti seketika bila blog ni ada masalah hosting hari tu. Terus terbiar lama. Banyak nak ditulis kononnya nak mengejar capaian pageviews yang tinggi. Hehehe.


Kali ini kami tukar sedikit sebab waktu tu belum musim durian. Resipi kulit atau crepe tu sama sahaja seperti ikot yang lama di SINI. Hari buat crepe ni pon pakai main agak-agak je. Tak terlalu cair tak terlalu pekat. Bila buat crepe ni, bancuhan tu tak boleh terlalu pekat nanti kulit crepe akan jadi tebal dan tak sedap.

Untuk filling kali ini. Dah namanya Strawberry Crepe dah tentu dalamnya kena letak stroberi. Kali ini, fresh cream tu Mummy tambahkan sedikit dengan Strawberry Jem. Dan diputar kuat supaya menjadi gebu dan kental. Tambahan perisa nak sedapkan lagi, Mummy tambah strawberry segar di dalamnya. Memang pressure masa nak buat kalau anak saudara ramai. Belum sempat Strawberry Crepe ni berehat dalam tupperware nak disimpan dalam peti ais. Dah kena NGAP! Cepat je licin. Sampaikan lepas 2 minggu, ada request lagi suruh buat. Leceh nak buat crepe ni part nak menggeleng atas kuali. Kena fokus dan berdiri lama. Kadang-kadang melecur tangan tu nak menyelematkan crepe dari terkoyak.

Bahan-bahan pun tak banyak sangat. Fresh cream sikit, stroberi pon sikit. Sebab tak plan pon nak buat banyak. Balance dari buat kek sebelum ni.

Memang sedap. Tengok gambar ni macam nak buat lagi.

Warna kulit crepe ni pon pakai main ambil je yang seakan-akan merah. Dapatla simpan 15 crepe dalam peti ais. Itu pon ada yang nak tambah dua kali. Time tengah melipat ramai je datang ambil. Dah sejuk pon laju je tangan. Rasa nak buat lagi.. Sedapnyer.........

Xoxo
Mummy Akmar