30/06/2013

Entri Makan-Makan - Seoul Garden Steamboat

Memang mood nak menulis tu tak berapa nak ada sekarang ni. Ala-ala mood ke laut. Hahaha. Jadi, untuk tidak biarkan blog ini sunyi sepi. Lepas ini, akan ada banyak entri makan-makan yang sepatutnya dimasukkan waktu masalah hosting dulu.

Pasal hosting mosting ni. Pening tau. Lepas ni, Mummy nak tutup webshop tu. Takmo pakai hosting lagi. Pakai blogger je hanya tukar domain. Mummy bukan reti teknikal-teknikal sangat. Nasib baik ada orang baik hati menolong. Heheheh Terima kasih bro!

Ceritanya hari tu sebenarnya kami nak makan Johnny's Steamboat. Mummy ternampak pulak banner Seoul Garden depan pintu Aeon Ipoh ni. Terus tukar plan. Teringin pulak nak makan BBQ dan steamboat Seoul Garden. Konsepnya makan disitu adalah buffet, dah la ada Opah sekali. Sampai je kedai tu, Mummy terpaksa lah tanya macam-macam samada soup ada gula ke tak, makanan mana yang tak diperapkan dengan gula. Akhirnya, dah dapat kata sepakat dan kami makan macam biasa. Okay itu je ceritanya. Hehehe


 Inilah hasilnya. Jenuh jugak nak makan buffet tenghari sebab macam tak plan pon nak ber-buffet. Sebab mulanya nak makan di Johnny's. Tapi Seoul Garden sini, terkurang satu jenis sos yang ada di Seoul Garden OU & PJ

 Happy faces kekenyangan. Maisara tu seronok sangatlah dapat ikot acu makan di sini sebab penuh gambar-gambar pelakon dan penyanyi Korea. Qashrin pulak di PERMATA.

Itu je pon nak share. Heheheh. Waktu ni Mummy tak kerja dah sebelum kerja di UTC Perak. Gambar pon tak amik banyak. Macam biasalah buffet spread nya lebih kurang sama di KL punya. Kim chi sini tak berapa nak sedap yang pernah Mummy makan dulu. Okaylah.. nanti nak share makan nasi Arab bersama famili kakak.

Xoxo
Mummy Akmar