19/06/2013

Design Baju Hari Raya Aidilfitri 2013 - Koleksi PrintsMania Cosry Purple Label Raya 2013

Selepas bertahun-tahun menjadi sebagai sebuah fashion house terkenal yang pakar dalam membuat pakaian tradisional melayu yang direka khas untuk setiap pelanggannya. Cosry dengan bangganya mempersembahkan Cosry Purple Label - Satu jenama pakaian premium Ready-To-Wear (RTW).


Yang terdiri daripada pakaian tradisional melayu klasik dan aksesori di mana gabungan setiap perincian menghasilkan design keanggunan tradisi dengan unsur moden dan perincian yang amat halus dihasilkan oleh pereka tersohor yang bernama Putra Aziz. Beliau amat menekankan kepentingan hasil buatan tangan yang unik. Cosry Puple Label menawarkan rekaan eksklusif yang selesa dan nilai yang berbaloi bagi setiap rekaan yang diilhamkan oleh beliau.



Koleksi PrintsMania Cosry Raya 2013 dengan tagline "Lain Dari Yang Lain" telah pun menghangatkan suasana dunia fesyen negara pada pertengahan June dengan pelbagai design yang menarik trendy dan moden. Kali ini Putra Aziz mengetengahkan kurung moden pendek dan juga peplum di gayakan dengan kain bayern-cut ala duyung. Manakala beliau juga menggunkan fabrik seperti sutera, lace dan juga chiffon agar si pemakai tampak elegan dan bergaya.

Berikut adalah beberapa rekaan design baju Hari Raya Aidilfitri 2013 Koleksi PrintsMania dari Cosry Purple Label untuk pilihan anda semua dengan harga antara RM450 - RM 650. Diharap pembeli tidak akan buntu untuk membuat pilihan yang akan dipakai di hari yang mulia nanti kerana telah banyak koleksi Ready-To-Wear dari designer tersohor negara.










Untuk tempahan bolehlah menghubungi nombor +603 7733 0677 or email sales@cosry.com