19/06/2013

Design Baju Hari Raya Aidilfitri 2013 - By Rizalman For Zalora

Pereka fesyen terkenal negara, Rizalman telah pun melancarkan koleksi terbaru design baju Hari Raya Aidilfitri 2013 pada penghujung April lalu. Kali ini, Rizalman mengambil peluang untuk mempromosikan jenamanya melalui web portal Zalora.Com.My adalah satu kolaborasi yang memberikan banyak pilihan bagi pembeli on-line.



Rekaan kali ini lebih kepada pengunaan corak geometrik, tribal dan juga tiedye. Beliau juga telah memilih fabrik kosong dengan memberikan sentuhan elegan terhadap rekaannya. Sama ada baju kurung moden, peplum dan juga jubah moden. Setiap bentuk rekaan adalah amat terperinci kerana ia bersesuaian bagi pengemar fesyen lebih-lebih lagi untuk wanita muslimah.

Berikut adalah beberapa koleksi design baju Hari Raya 2013 dari Rizalman yang anda boleh dapatkannya di Zalora untuk tempahan on-line.