06/06/2013

Demam Kencing Tikus, Demam Denggi Atau Tibi??

Assalam semua. Nak menaip pon tak larat sebab tak berapa sihat. Tak berapa sihat semenjak kerja di UTC separuh bulan May hingga hari ini. Banyak perkara yang menjadi kemusykilan yang menyebabkan Mummy sakit.

Pertamanya, sejak kerja di sini Mummy batuk pada awalnya. Okaylah fine! Ubat yang selalu Mummy guna adalah Seretide Accuhaler. Selalunya kalau batuk yang berpanjangan dan guna sahaja Seretide, batuk ini akan pulih serta merta dalam masa 3-4 hari tanpa menggunakan ubat batuk pon.

Ubat yanglagi satu, tambahan dari Doktor Klinik Greentown. Kalau-kalau sesak nafas.

Keadaan lebih teruk bila batuk menjadi teruk dan demam mula muncul. Pelik bila, tiap-tiap kali balik kerja demam sakit kepala. Mata pon susah nak bukak. Nak solat maghrib pon terhuyung hayang. Pening kepala. So, Mummy makan panadol. Makan panadol selama 1 minggu. Pattern demam mesti lepas waktu senja. Rasa seram sejuk, mata susah nak bukak dan rasa menggigil. Lepas makan panadol, demam kebah dan badan rasa macam biasa keesokkan harinya. Lepas tu balik je kerja menda sama yang dilalui. Rasa macam ada tak kena. Sampaikan suruh Opah picitkan kepala, ambilkan air dan Mummy sendiri minta dia baca Ayat Al-Kursi. Yerlah itu sahaja yang kita sebagai manusia mampu buat. Sekadar bergantung kepada ubat-ubatan dan juga kepada Allah. Keadaan macam biasa berulang sampai lah lebih dari satu minggu.

Dalam tempoh yang sama sehingga 2 minggu. Mummy kehabisan panadol. Tiba-tiba pattern demam ni bertukar. Waktu tenghari sahaja demam muncul tiba-tiba. Batuk masih ada. Terus Mummy ke Klinik 1 Malaysia dalam UTC ni untuk dapatkan ubat. Memang waktu tu pon masih demam. Temperature badan 39celcius. Dalam hati dan fikiran dah berfikir macam-macam. Bukan fikir pasal kena penyakit misteri. Tapi adakah Mummy kena Demam Kencing Tikus? =( Sebab pernah juga 2 kali makan di foodcourt lama yang dah memang ada dalam bangunan ni sejak dulu lagi. Keadaan amat kotor. Bukan makan sahaja tapi Mummy siap beli air untuk di minum. Dalam hati takot sangat-sangat. Atau pon mungkin Denggi. So, Mummy pun bersembang dengan Doktor UTC Klinik 1 Malaysia ni dan dia pon bersetuju dengan pendapat Mummy. Dia cakap mereka pon dah komplen. Sembang punya sembang. Dia pon suruh buat blood check di Klinik Greentown berkemungkinan juga boleh dapat penyakit yang Mummy sebutkan tu.

Hari yang sama, lepas jumpa doktor waktu tengahari. Terus Mummy ke Klinik Greentown untuk buat pemeriksaan darah. Bila berjumpa dengan Doktor di sana, Doktor syorkan buat pemeriksaan darah dan juga air kencing. Sebab dah 2 minggu demam macam ni. Waktu di Klinik Greentown pon masih ada demam. Badan pon lemah sangat. Mata rasa berat. Paling mengejutkan, keputusan darah dan air kencing NORMAL!!! Okay ini memang takot!! Apa masalahnya???

Masih terus makan ubat demam, batuk dan inhale ubat-ubat yang ada. Dan pada masa yang sama pergi ke Port Dickson 3 hari 2 malam. Dalam hotel pon, petang je dah rasa nak demam. Macam-macam fikir dalam otak ni. Sampai je Ipoh, Opah cakap jangan tunggu lagi memang kena dapat rawatan pakar. Hari Ahad tu Mummy pergi ke Pantai Hospital terus ke Emergency Department. Medical Officer yang rawat Mummy tu kata memang bukan kencing tikus atau denggi tanpa pemeriksaan darah pon. Dia sarankan pulak buat X-ray sebab batuk yang berpanjangan. Mungkin TIBI!! Okay ini lagi menakotkan. Terus kena pakai Mask!! TB?? No no!! Rasa macam yer ke? Tak ni? Tunggu keputusan X-ray. Alhamdulillah bukan TIBI!!! So, medical officer ni refer ke Dr. Michael Stephen Joseph (Consultant General and Respiratory Physician) untuk double pengesahan sama ada TB atau tidak. Tunggu lagi di sana sampai Doktor yang pakar tentang perubatan dan juga dada. Mau terkecut perut ni kan. Entah sakit apa lagi nak datang ni. Dalam hati ni takot okay. Nak tunggu pon satu penyiksaan.

Cuak sangat ingat TB

Datang je Doktor pakar memang dia buat pengesahan bukan TB! Bukan denggi bukan demam kencing tikus or whatsoever! Dia buat penyiasatan back to year 2009. Tanya macam-macam. Dia mengatakan ini adalah Radang pada saluran pernafasan. Sesiapa yang ada asthma ada berkaitan dengan resedung dan beberapa radang yang lain. Buat masa ini, adalah pada saluran pernafasan. Sebab tu batuk sahaja tapi sebenarnya rawatan diperlukan untuk resedung. Dan lebih kurang alergi kepada penghidap astma. Alergi ni macam-macam ada. Termasuk jugak alergi makanan iaitu alahan makan udang. Protein dalam udang tu adalah satu alahan pada badan penghidap asthma. OMG! Apa ni resedung??? Bila pulak ada resedung??? Macam-macam lah doktor tu explain. Apa sahaja yang dia cakap dan tanya semuanya memang betul. Okay doktor ni memang pakar dan sangat convincing apa yang dia cerita tu. So, Doktor hanya bagi 2 ubat. Satu untuk selesema (walaupon takde selesema) lagi satu Nasal Spray. Katanya, Mummy patut makan ubat selesema dari Klinik tu mungkin akan rasa lebih baik. Sekarang ni bukan asthma masalahnya tapi pada saluran hidung tu. Bil rawatan hari Ahad memang dua kali ganda. Kesihatan paling penting. So, pasrah jerlah.

Ubat makan sekali pagi dan nasal spray ni 3 kali sehari

Bila dah jumpa doktor hari Ahad. Walaupon tak berapa nak sihat. Masih jugak pergi kerja. Pergi kerja macam biasa. Dan tertiba lupa ubat panadol. Sebab rasa nak demam. Takde pilihan lain. Pergi lagi sekali Klinik UTC ni. Pergi dan jumpa doktor yang lain. So, kami bersembang dan cerita lah sedikit pasal ujian darah dan air kencing dan juga X-ray. Terus doktor tu bukak cerita. Katanya, sebanyak-banyak Hospital dia pernah kerja. Dia dapat sakit teruk sama macam Mummy juga bila kerja di UTC ni. Katanya pengudaraan dan hawa dingin sini berhabuk. Dia terpaksa beli mask sendiri dan pakai tiap-tiap hari. Haaaa, okay dah tahu dah puncanya. Sebenarnya, semenjak dapat penyakit ni. Bila dah batuk, pening dan demam tu. Mummy muntah. Muntah keluar cecair macam kahak tapi macam bukan. Terus lah Mummy google "What Causes Vomiting Mucus?" Jawapannya banyak sama dengan apa yang diberitahu oleh Doktor Pakar tu. Sampaikan takde selera nak makan. Tekak rasa macam ada yang menolak. Rasa macam loya setiap hari. Dari hari Selasa pergi ke Klinik UTC kali kedua dan sampai hari ni pakai mask. Mummy dah macam Doktor. Kelakar. Lantak lah orang nak cakap apa.

So, kiranya semalam Mummy mula pakai mask penuh satu hari. Nak tengok macamana. Alhamdulillah sepanjang hari takde demam langsung. Muntah pon dah takder. Cuma balik tu terasa masih macam nak demam sikit. Terus makan panadol dah okay. Hari ni hari kedua dan masih pakai mask. Next appointment dengan Dr. Michael Selasa depan 11/June untuk rawatan susulan. Rasa berat hati nak ke pejabat bukan kerana bebanan tugasan tapi menyebabkan kesakitan. Takkan nak pakai mask sampai bila-bila? Memang dah buat satu repot pada pihak pengurusan dan masih menanti untuk tindakan. =(

=(
Mummy Akmar