17/06/2013

Cuti Sekolah Bulan May - Thistle Port Dickson

Cuti sekolah bulan Mei tahun ni, famili Mummy telah memilih Port Dickson sebagai tempat percutian bersama keluarga. Kami menginap di Thistle Port Dickson selama 3 hari 2 malam.

Ini adalah pertama kali Mummy stay dekat sini. Memang jarang sekali pergi ke Port Dickson. Dulu pon masa belajar di MMU ikot kawan stay dekat apartment famili dia untuk BBQ beramai-ramai. Nama apartment tak berapa ingat. Kali kedua sewaktu Mummy tengah kandungkan Qashrin yang hanya berumur 6-7 bulan. Kami menginap di Selesa Beach Resort selama seminggu untuk menenangkan fikiran dan waktu tu abang Mummy pulak ada urusan perniagaan. So, seminggu Mummy dan Opah tinggal di situ sampai nak boring kami sebab makan dari pagi sampai malam dalam bilik hotel. Nak keluar pon perut dah boyot. So, memboyotkan lagi jerlah kerjanya. Terpanjang pulak ceritakan. Hehehe.

So, percutian kali ini adalah last minute plan juga seperti cuti-cuti yang lain. Dengan harapan bilik tetap ada untuk kami semua. Hahaha. Sampai-sampai je PD semua dah lapar sebab tak lunch lagi dari Ipoh. Kami makan tenghari di Cowboy Place Watie Beach Cafe. Memang menariklah kedai makan ni dipenuhi dengan hiasan ala Cowboy. Di sana, mereka hanya mehidangkan ayam panggang dan nasi kukus. Ayam tu di hidang dengan sos cicah yang istimewa. Kami order 4 ekor ayam untuk 4 famili yang pergi kali ini.

Inilah tempat kami makan tenghari sampai-sampai je di Port Dickson. First time makan di sini.

 Menunya simple je. Ayam panggang dan nasi kukus.

Hahaha Siap bukak daaa. Paneh bebenor. Lantaklah sebab panas sangat. 

Mummy jadi cameraman. 2 orang tengah berlawan, kakak ipar dengan anak dia dan Qashrin Gwiyomi sorang-sorang. Hahaha

Percutian ke Thistle Port Dickson ni memang best. Suka sangat dengan layanan dan fasiliti yang ada di sini. Lebih-lebih lagi swimming pool yang terbentang luas. Sesampainya kami di depan entrance lobby, kami disambut dengan welcome drink and wet towel dan juga kehadiran Bobo The Clown pula menyambut kehadiran anak-anak kami. Seronok sakan ler budak-budak ni dapat belon dari Bobo. Thistle Port Dickson memang best! Hehehehe.

Qashrin malu-malu kucing dengan kakak tu sekali ternampak Bobo! 

Qashrin sangat takot dengan Bobo ni. Sebab bila budak-budak nak datang dekat, Bobo akan datang macam monster. Memang la takot!

Memang banyak tak sempat nak ambil gambar. Itu pon mengharapkan gambar dari kakak ipar. Banyak ambil gambar pon dalam bilik je. Tengah excited sampai. Lepas tu macam dah malas nak ambil gambar. Huhuhu

Spacious room and big bed!!

Dressing table

 Towels rack

Semua lengkap dengan tootbrush and etc

Tempat kami mandi berdua. Hahaha

 Love is in the air

 Asyik dengan bantal bucuk dia jerlah tu...

 Little surfer yang omey omey! Swimming hari kedua.

View from our room! Magnificent!! 

Hari pertama sampai, petang tu Mummy, Opah dan Qashrin duduk dalam bilik sementara yang lain pergi swimming. Sebab Qashrin ada sikit selesema. So, taknak ambil risiko rehat dulu dalam bilik. Terasa perut macam lapar lah pulak sebab makan nasi sikit je tadi. Kami order Club Sandwich

Dan juga wedges

Hari kedua pulak, lepas je breakfast di dalam Hotel, Mummy bawak Qashrin ke playroom. Walaupon tak berapa besar tapi sangat colorful  dan banyak menda-menda yang menarik dalam tu. Ada playhouses dan juga lotsa ikea's baby toys and games. Memang membuatkan budak-budak teruja. Cerita pasal makan pagi, tempat dia sangat selesa dan makanan semua sedap-sedap dan berkualiti! I love when they have kid's plates and cutlery set from IKEA. Seronoklah budak-budak nak makan-makan.

 Kuak lentang ada

 Gaya bebas

Ini tak tahu style apa. She was having much fun! 

Tengah-tengah teman Qashrin main-main. Kakak ipar pulak baru je naik atas bawak anak dia nak mandi-mandi pagi. Terjumpa pulak senior Sekolah Main Convent. Dr. Farah Fazwa. Kak Farah sekarang kerja dengan FRIM. Tengok macam pernah nampak dan kenal. Super senior sebab dia 3 tahun tua dari Mummy. Anak-anak dia pula bermain-main dengan Qashrin. Qashrin pulak pemalu sesangat bila ada orang lain. Hah, terpaksa Mummy pon masuk dalam ni. Hahaha. Bersembang-sembang kami sampai share stories masing-masing. Tapi tak lah lama rasanya tak sampai sejam kot. Akak tu siap bagi business card dia, Mummy pula exchange dengan URL blog ni. Ahaks....Setakat ini jer gambar-gambar yang dapat dikongsikan sebab yang hari lain-lain tu dah tak sempat nak ambil gambar.

Alhamdulillah dapat juga buat satu entri hari ni. Sebab mood sekarang ke laut jer. Camner ni?? Hahaha. Ada lagi terhutang entri untuk event semalam Hari Keluarga Permata di Lost World of Tambun, Sambutan Hari Guru dan Ibu dan juga entri makan-makan. Heeee.... 

Xoxo
Mummy Akmar