19/06/2013

VOTE Gambar Baked Cheesy Penne In Tomato Sauce [ AFC - Foodie Face Off 2013 ]

Assalam semua. Mummy nak mintak tolong pembaca dan follower blog Qashmere. Mintak tolong jasa baik anda semua. Tak kisahlah kawan baik, keluarga, musuh ketat dan seangkatan dengannya. (Hahah). Jangan risau, saya tidak tahu siapa yang VOTE gambar masakan saya.

Mummy sebenarnya tengah mencuba nasib dengan meletakkan gambar Baked Cheesy Penne in Tomato Sauce sebagai pertaruhan untuk pertandingan yang dianjurkan oleh Asian Food Channel (AFC) - Foodie Face Off 2013. Menang ke kalah tolak ke tepi. Tapi usaha kena ada kan?. Hadiah dia sangat menarik dan penyertaan ini adalah untuk suka-suka serta boleh menguji tahap level Mummy memasak nanti.


Inilah gambar yang Mummy pertandingkan. Kalau anda sudi nak tolong Mummy tersenarai dalam Top 20 finalis dari 50 gambar yang mendapat undian tertinggi. Besarlah harapan Mummy kalau korang semua dapat menolong dengan hanya klik http://woobox.com/sc9r9f/vote/for/653302 dan VOTE

Menu ni Mummy sediakan untuk Majlis Sambutan Hari Ibu & Hari Guru untuk sekolah Qashrin minggu lepas. Nanti Mummy kongsikan resipinya!

Jangan lupa VOTE!! Happy voting!

Xoxo
Mummy Akmar

STICKY POST