27/05/2013

Trip Ke Terengganu - Cuti Sekolah Bulan March Part 3

Ahaaa, nak sambung cerita pergi ke Terengganu hari tu. Dah bersawang dah cerita ni sebab dah cuti sekolah bulan 5 katanya. Takperlah for keepsake purposes. Nanti dah tua-tua boleh tengok-tengok dan tersenyum sendiri. Hahaha Gituewww! Kalau nak tengok cerita Part 1 dan Part 2 sila tengok di link bawah ni. Ramai jugak yang cari-cari info apa yang best di Terengganu.


Cerita sebelum ni, kami makan malam bersama keluarga setelah penat sampai dari KL. Semua budak-budak dah kepenatan sebab semua berenang. Jadi, makanan malam tu memang banyak. Ikan pon besar sangat dan setiap menu tu sangat big portion. Menu malam tu, Ayah Yob order dua set. Yang tak berenang pon penat jugak. So, banyak berlebih sebab semua mengantok dan keletihan. Menunggu makanan masak pon lama jugak. Air sirap bandung kami tu sampai dah nak abis jugak ler. Balik dari makan malam, semua kepenatan tidur gaya bebas. Hahaha.

Tomyam, siakap 3 rasa, telur dadar, sambal sotong, kailan ikan masin dan daging merah. Untuk Opah, ikan panggang kosong je.


Masa orang tengah sarapan pagi. Dia boleh pulak landing dekat situ. 

Hari kedua pula, pagi tu kami semua sarapan pagi di Hotel sahaja. Memang best! Dapat makan nasi dagang Terengganu asli. Sedap!!! Hehehehe. Lepas je bersarapan pagi. Macam biasa aktiviti berenang beramai-ramai. Opah sorang jer tak berenang tengok kami. Semua naik slide dan semua suruh Mummy naik. Sebab slide tu untuk budak-budak jer. Tapi mak-mak budak ni pon nak naik jugak sebab dalam hati masing-masing sebenarnya macam budak-budak. Hahaha. Mak Der, Mama Tini dengan Mummy gigih naik tangga nak ber-sliding-katanya. Nasib baik life guard buat dunno jer. Naik punya naik. Masa turun slide tu kaki kanan pulak terhentak bila turun ke bawah. Sepatutnya kaki naik ke atas. Adoih injured sikit. Hahaha Gatal nak main slide. Hurmm....Balik Ipoh terus kena pegi foot massage. Hahahah

Swimming time!!

Dah abis swimming dengan jayanya. Kitaorang bersiap nak ronda pekan Terengganu. Sebelum tu kami lunch di foodcourt dekat area bandar. Apa ntah namanya. Tak ingat. Makan-makan biasa jer. Mummy order bihun sup. Yang lain amik lauk campur. Dah kenyang semua, perjalanan diteruskan ke Kampung Losong. Beli kopok losong yang dah siap digoreng panas-panas bekalan nak bawak balik di Hotel. Yang mentah tu beli time balik nanti. Kopok losong tu memang sedap. Walaupon kami beli tengahari, balik ke Hotel petang-petang pon masih panas. Kejap je 3 pack tu licin. 



So, perjalanan diteruskan ke Masjid Kristal. Mulanya kami nak naik cruise, tapi macam tak berbaloilah pulak dah la hari panas terik. Kami bergambar jerlah. Hahaha...Masjid pon kami tak masuk sebabnya banyak kereta lebih-lebih lagi bawak budak kecik-kecik. Yang paling muda baru 1 tahun. 


Dari situ kami ke Muzium Negeri Terengganu pulak. Turun park kereta di situ. Kami chartered kereta panjang untuk 3 famili naik beramai-ramai pusing satu kawasan Muzium. Kebanyakkannya, jenis-jenis rumah lama yang di bawa ke situ dijadikan pameran. Pelbagai jenis rumah kayu lama yang di ambil dan disimpan di situ sebagai bahan sejarah. Dekat situ juga ada macam-macam tanaman akar kayu. Dalam kereta panjang tu (taktahu nama apa macam keretapi jer) siap ada orang pegang microphone dan explain in details sepanjang perjalanan dekat situ. Dah ronda-ronda di luar, kami masuk ke dalam pula. Nasib baik dalam ni aircond yang sangat sejuk. Macam-macam pameran ada dalam Muzium ni. Yerlah kan Muzium ni bekas Istana lama.  Banyak barang-barang peninggalan Sultan Terengganu, pameran tentang petroleum, jenis-jenis baju dan lain-lain.

Perjalanan agak jauh lah jugak. Mungkin sebab kami ni banyak kali berpusing-pusing tempat yang sama. Lagi pulak tu convoy beramai-ramaikan. Mengharapkan compass Ayah Yob jer. Yang dua kereta lagi blur taktahu arah tujuan mengikut jerlah. Hahaha... Balik-balik tu kami nak singgah pasar payang tempat diorang cakap macam-macam ada. Misi nak mencari makanan macam kueh Akok. Teringin sangat nak makan. Tapi malangnya tak jumpa. Kata orang disitu nak kueh mueh, lauk pauk di pasar payang ni kena datang pagi-pagi. Memang melepaslah nak makan. Kalau dapat pergi pon, tak confident nak drive sendiri ke situ takot sesat. Tak jadi beli kueh mueh terus beli menda lain. Dah berjalan satu hari, kami pon pulang ke Hotel Primula. Sebelum tu kami singgah di Pantai apa eh? Lupa dah namanya. Dekat situ ada horse carriage ala-ala Cinderella. Harus semua jakun nak naik! Hahaha. Apa lagi, semua naik pusing-pusing pantai. Yang tak nak Ayah Yob dengan Pak Andak jer. 

Feeling-feeling cinderella kejap. Hahaha

Dah naik-naik segala apa yang ada, kami beli jagung bakar untuk makan petang bersama keropok losong. .

Balik jer hotel memang penat sangat. Budak-budak kecik ni isi perut dulu apa yang patut lepas tu tak mengalah nak swimming jugak. Kuat betul tenaga diorang ni. Kalau tak dapat mandi, bergegar lah hotel tu. Hahaha Nasib baik Qashrin rileks jer.

Baywatch team Ipoh mali. Hahahaha. Qashrin takde dalam pic ni. Kami rileks dalam bilik. Tidur lagi baik. Memang kena jaga-jaga sebab ni laut china selatan. Ombak dia pon kuat!


Malam tu, semua memang betul-betul penat. Ayah Yob siap berdengkur tahap gaban. Kami nak keluar makan malam pon lambat. Nasib ler bilik Mummy penuh dengan macam-macam makanan. Mushroom soup ada, sandwich ada, junk-food ada, bubur segera ada dan susu pon ada. Semua macam dah kepenatan. Akhirnya, Ayah Yob dengan Pak Andak jer keluar pergi cari makanan. Ada yang dah tidur ada pulak yang masih lapar (Mummy ler tu Hahaha). Kami makan nasi goreng ayam bungkus je malam tu. Dah kenyang semua tidur sebab esoknya dah nak balik ke KL. Rasanya setakat ini dulu. Sambung lagi di entri yang akan datang *Phew*......

Xoxo
Mummy Akmar