02/05/2013

Trip Ke Terengganu - Cuti Sekolah Bulan March Part 2

Ahaa, nak sambung cerita dari Part 1 ke Terengganu itu hari. Kebanyakan gambar tersimpan dalam FB. Bila  tengok balik, dari mana lah nak mula cerita. Macam nak masukkan semua gambar, tapi tak lalu lah pulak. Blogging ni pun kadang-kadang ikot mood jugak. Kalau lah mood ke laut tu, apa pon tak tertulis dekat sini. Kadang-kadang tulisan menjadi merapu-rapu. Hahaha...Okaylah janji pembaca blog Qashmere ni takdelah boring menunggu posting terbaru atau pun terbekanglai je.



Kami bertolak ke Terengganu pada 25 March jam 7 pagi. Kami bergerak menuju ke Lebuhraya Karak. Sebelum tu kami singgah sarapan pagi di McDonalds. Memang riuh rendah sikit sebab dengan kerenah budak-budak. Kami order 5 family set sarapan pagi. Kesian Qashrin, pagi-pagi dah bangun awal untuk mandi. Perjalanankan jauh, jadi memang nak taknak kena mandi awal pagi pukul 6.30pagi. Semestinya mandi air panas kalau tak menggigil nangis ler dia.

Pagi-pagi riuh dah tempat ni. Dengan Qashrin nak main sudu garfu nya. Sabor jelah Mummy

Muka monyok pepagi. 

 Lepas 5 minit, enjin dah panas ler tu.

Dah semua kekenyangan, kami teruskan perjalanan. Mummy naik kereta Ayah Yob. Hmm pepaham ler kalau abang Mummy tu yang bawa kereta, lajunya Allah sahaja yang tahu. Kata dia mesti kelajuan kereta ni mesti dibawa dalam tempoh 1 minute 1km. Naik kereta BMW 5 series mau nak terberanak rasanya. Teringat balik masa pengalaman dulu, mengandungkan Qashrin seawal 2 bulan. Kami ke Kuantan tidur di Swiss Garden. Mula-mula, Mummy duduk di depan, dia bawak kereta punyalah laju, sampaikan terasa macam naik roller coaster gayatnya. Dah cramp bahagian bawah perut. Setiap selekoh dari jauh Mummy dah pegang dashboard rasa gayat. Last-last suruh dia berhenti tepi tukar duduk dibelakang. Barulah boleh bernafas. Kalau tak, mau rasa nak tercabut nyawa. Itulah kesan pembawakan budak. Eh, terciter zaman dulu-dulu pulak. Okay berbalik cerita ni. Disebabkan semua dah mengantok yang amat. Dah perkena macam-macam dekat McDonalds tadi, kami semua mata kuyu kuyu ada yang dah tidur. Ayah yob pula terpaksa buat auto cruise sebabnya dua kereta lagi tertinggal di belakang. Boleh pulak time Mummy dah tidur, terdengar orang berdengkor. Rupanya, abang Mummy tu dah half way nak tutup mata. Ya Allah......dalam tengah tidur tu nasib baik Allah nak tolong kot. Hahaha..Okay tak la lawak sangat, tapi keadaan waktu tu memang lawak jugak. Terjerit Mummy, tercakap "siapa yang berdengkur tu". Sebabnya dengkuran motorboat tu amat familiar. Terus kami berhenti di R&R tepi tu bagi dia tidur kejap. Katanya, mata mengantok sebab bawak slow. Rokok pulak jarang hisap sebab Mummy bising. Dah tu, takperlah isaplah 20 kotak pon asalkan kami selamat sampai. Adoih!! 

Perjalanan diteruskan sehingga kami sampai di Kuantan untuk makan tengahari di sana. Tempat yang kami nak tuju ni nak pekena ikan patin gulai tempoyak. Kali ini, anak-anak saudara ada yang makan ada pulak tak makan. So, bila nak bayar bill tu tak mahal sangat sebelum yang kami pergi dulu time Mummy pregnant. Macam-macam kami makan, dekat sini yang sedap tempoyak ikan patin, ikan patin goreng garing dan lauk-lauk dia semua sedap-sedap. Kedainya tersorok sedikit depan sungai besar tu. Nama jalan tak sure tapi ada Mummy tangkap signboard kedai ni. 

Dekat sini, banyak menu-menu di hidangkan samada nak amik campur dengan nasi atau pon berhidang.

 Haa, bukan senang nak dapat ikan patin masak gulai tempoyak ni. Kitakan orang Perak. Ikan dia memang tak hanyir bukan ikan bela tapi ikan tangkap sungai.

Gambar ni dituju khas untuk reader semua. Hahaha. =p~ *takot*

Dah semua kekenyangan, perjalanan kena diteruskan. Memang jauh nak ke Terengganu. Tapi memang seronok sangat tengok permandangan. Tak sempat nak merasa sata dan jelly kelapa. Sebabnya Ayah Yob kira nak pecut jer kerjanya. Laju betul dia bawak. Nak terberanak lagi sekali rasanya. Hahaha. Sampaikan lori dah bukak lampu. Aiseyman. Tak lalu. Rasa nak termuntah. Jalan punya jalan, sampai ke satu stesen minyak petronas. Rasanya lepas Kerteh kot. Berhenti mintak tukar naik kereta kakak. Kereta Perdana. Lega sikit. Kalau tak perut rasa nak tercabut. Heeeee.....Kali ini kakak pergi dengan maid dan dua anaknya. Sebab suaminya bertugas siang malam. Kira salute jugaklah dia berani bawak kereta sampai ke sini. Kalau Mummy memang tak lalu!!! Perjalanan memang best bila dapat tengok laut di tepi jalan. Memang best!!! Sukanya...dan lebih menarik lagi, sepanjang perjalanan nampak bendera BN dan PAS. Sampaikan atas bukit pon diorang sanggup pasang. Disetiap simpang lampu isyarat penuh dengan bendera parti parti politik. Macam berpakat pulak diorang. Satu BN satu PAS/Keadilan. 

 Menenangkan mata. Bestnya kalau ada kampung macam ni

 Laut biru sepanjang perjalanan.

Bendera parti politik berkibar. Awal-awal lagi dah berkempen. 

Banyak lagi gambar yang di ambil, yang paling menakjubkan tempat penapisan minyak di Kerteh (jakun). Hehehe. Gambar tak dapat nak masuk dekat sini sebab belum upload ke FB. Huhuhuhu..... Jalan punya jalan, tiba-tiba, kereta abang lagi seorang pancit pulak. Berhenti kami di tepi jalan yang berhutan. Seram jugak. Takot sebab takde rumah langsung. Nasib baik kereta tak banyak sangat. Terpaksa lah buat permindahan. Ada yang naik kereta Ayah Yob ada yang naik kereta Mak Der. Barang semua kena keluarkan nak tukar dengan tayar gantian. Itulah tragedi yang tak disangka. Berjalan terus sehingga kami nampak pekan di kampung tu. Terus ke kedai tukar tayar. Sebabkan risau abang tukar dua tayar belakangnya dengan tayar baru sebabkan perjalanan masih jauh. Rasanya waktu tu dah pukul 4 petang lebih. Kami belum lagi sampai hotel

 Alhamdulillah sampai juga Primula Beach Resort Terengganu dalam 5 petang.

 Kami ambil 3 bilik dan semua Garden View. Dan setiap bilik diberi 1 extra bed. Bilik ni agak luas juga. 

 Bilik Mummy ni share dengan kakak. Anaknya dua orang, sorang tidur atas katil extra sorang lagi tidur atas lantai yang berlapik dengan maid. Mummy tidur atas katil dengan kakak. Qashrin pula tidur atas baby cot. Boleh malam-malam, Qashrin merangkak keluar dari baby cot, nak tidur atas katil. Hmm...ichin ichin..

 Penuh makanan sampingan kami bawak. Macam-macam ada...

 Garden view yang tak berapa nak garden je..

Sesampai je, ada yang swimming dulu. Qashrin tak swimming just tengok tengok je. Malam pula kami ke restoran untuk makan malam. Ada siakap tiga rasa, tomyam, sotong masak cili, telur dada, daging merah dan air sirap bandung. Tengok tu, Qashrin si angkasawan cilik. Sut besar ke apa ni. . Hahaha =p~

Malam tu waktu makan, budak-budak semua dah mengantok kepenatan. Nasiblah bilik kami ni ada macam-macam makanan. Lepas swimming mesti lapar. Dah lapar makan-makan di bilik sampai je restoran dah tak nak makan. Jenuh nak abis makanan. Nanti Mummy sharekan gambar makanan. Nak tengok dalam hp ke ipad. Banyak gambar tak dimasukkan. Okaylah setakat ini je dulu. Esoknya, kami ke Kampung Losong beli keropok losong 3 paket yang dah siap digoreng nak makan di Hotel nanti. Sebelum tu kami ke Masjid Kristal dan juga ke Muzium Negeri Terengganu siap naik kereta bergerak lagi. Sangat mengujakan tapi penat. Balik ke Hotel, kami singgah pantai dulu naik kereta kuda yang macam Cinderella Carriage tu dan beli jagung bakar. Best.........Okaylah, setakat ini dulu. Paham ke uolls? Hehehe


Xoxo
Mummy Akmar