25/05/2013

Say NO To FIVIO

Selamat pagi semua. Alhamdulillah. Akhirnya permasalahan domain dan hosting dapat diselesaikan apabila Mummy dah berpindah ke hosting provider yang baru. Dua minggu blog dan webshop Mummy tenggelam tak timbul-timbul. Rasa macam dah fed up pon ada, rasa marah, amuk, macam-macam dah ni. Macamana tak bengang. Dah la tak boleh blogging langsung, lepas tu page views jatuh teruk jadi kosong O.. ;-(

Pada awalnya, ingatkan masalah biasa sahaja. Sebab dulu pon pernah terjadi dan mereka mengambil masa paling lama pon 2 hari untuk selesaikan masalah ini. Tapi kali ini lain pulak. 2 minggu?? Boleh bayangkan tak?? Google dah tak henti-henti hantar email "Googlebots Can't Access You Site" non stop. Email berkali-kali hantar kepada support email Fivio. Seorang reply macam ni seorang lagi reply macam lain. Malahan pernah buat satu panggilan ke Fivio pon katanya akan diselesaikan. Tapi lepas 2 minggu apa pon tak nampak pembaikan. Nak kata dah expired setahun tak pulak. Masih ada 5 bulan lagi. Memang rasa tertekan sangat. Uwaaaaaaaaaaaa!!!! Malas nak cerita panjang-panjang. Tengok gambar di bawah sudah cukup macamana menggambarkan perasaan marah dan kecewa Mummy.

say no to fivio, fivio sucks, Jangan guna fivio sebagai webhost, fivio tak bagus, fivio mengecewakan, webhost paling teruk, worst domain hosting provider

;-(
Mummy Akmar