17/05/2013

Sambutan Hari Ibu - Kad Pertama Dari El Qashrin Qaisara

My heart just melted when Qashrin gave me a Mother's Day Card which was designed by herself. She made the card for me!! Yeay!! *EXCITED* Yerlah my first ever Mother's Day Card. Mestilah macam *jakun* sikit. =p~ Hehehehe. Balik dari sekolah, saw her holding something walking towards the car. Then she gave me the card and said "Selamat Hari Ibu"..... (sejuk hati Mummy).


Qashrin's art work. <3 Thanks Sayang <3


 She said "Cikgu pegang tangan Qashrin tulis I LOVE YOU MUMMY" and cap jari tu pon dia kata cap jari dia sendiri. Cute sangat. Terima kasih Cikgu Mira dan Cikgu Anis yang ajarkan Qashrin buat Kad Istimewa untuk Hari Ibu....


Opah pon sangat teruja tengok kad yang Qashrin bagi dekat Mummy tu. Walaupun hari Jumaat dan Sambutan Hari Ibu adalah pada hari Ahad, terus Opah suruh Mummy hubungi adik beradik yang ada di Ipoh untuk makan malam di Royal Ipoh Club. Opah siap cakap "Hari Ibu patutnya korang belanja mak, ini terbalik". Hehehehe...Jadi, semua pon confirm datang makan malam Jumaat tu. Kiranya ini adalah advance mother's day celebration sebab hari Ahad tu kami dah plan nak masak nasi tomato, ayam masak merah dan pajeri nenas. Kakak pula nak bawak 2 biji coklat kek satu untuk Opah dan satu lagi untuk Maisarah. 

Seronoklah tu jalan-jalan. Suka sangat pergi ke sini. Posing dulu tu penting kan...Siap bawak botol air Minnie Mouse lagi. 

Kitaorang sampai dulu dan menunggu 15 orang yang lain datang. Perkara yang Mummy tersipu-sipu malu bila Qashrin masuk Idris Room ni dia boleh tanya "Mummy, takder pon orang nyanyi?" Terus Floor Manager depan kaunter tu jawab "Belum lagi dik, Live Band start pukul 9 malam". Hahahah Adoih Qashrin. Tergelak Mummy dengan abang tu. 

Menu kami biasa sahaja. Semua ala-carte. Ada yang makan chicken chop oriental style, ada chicken chop blackpepper sauce, ada pulak order lamb chop, bihun goreng, nasi goreng dan juga 1 ekor inchicabin. Tapi sebelum tu, semua dapat cream chicken soup sebab masing-masing tak berapa sihat. Lepas je semua abis makan. Macam biasa budak-budak ni akan turun berkeliaran buat macam rumah sendiri termasuk Qashrin. Anak Mummy tu siap menari-nari lagi tu. Ada rakam video dia tapi susah pulak nak upload dekat sini. Malam tu dinner takder dessert dan semua air suam. Sebab Keluarga abang satu famili batuk, keluarga kakak baru je baik demam dan batuk juga. Keluarga abang lagi satu anak-anaknya dah mula batuk. Semua pun minum air suam. Alhamdulillah, Qashrin masih bertahan sehingga hari ini.  Itulah lama sangat ber-blogging. Macamana dengan Sambutan Hari Ibu anda?


Xoxo,
Mummy Akmar