17/05/2013

Projek Kad Istimewa Buat Cikgu - Tutorial "LOVE CARD"

Semalam, 16 Mei 2013 adalah Sambutan Hari Guru dan juga hari pertama Mummy kerja di UTC, Perak. Qashrin tak pergi sekolah pun supaya dia ada lebih masa dapat bersama Mummy bila nanti dah masuk kerja baru ni dah takde masa pulak. Alhamdulillah, dapat tempat yang baru dan selesa untuk bekerja. Di sana Mummy bertugas sebagai Eksekutif Pengurusan. Okaylah untuk permulaan walaupun gajinya sangat sikit. Tapi can't complaint much. Sebagai permulaan, perlulah berkorban sedikit.


Alamak tercerita panjang. Disebabkan semalam Qashrin ponteng sekolah lagi. Lepas balik kerja semalam, walaupun kepenatan sedikit kerana pada awal pagi tu Mummy terpaksa ulang alik ke sana ke mari naik tangga sebab nak selaraskan tempat letak kereta. Alhamdulillah dapat tempat parkir sendiri dan juga sempat buat ukuran untuk baju uniform UTC lepas balik kerja semalam. Sampai je rumah, terus kami berdua mandi-mandi segarkan badan ni nak cari hadiah untuk Cikgu-cikgu di Pusat Anak Permata Negara.

Mummy: Qashrin lepas ni, jom keluar cari hadiah untuk Cikgu. Beli kek untuk Cikgu yer? (Ingatkan nak pergi kedai kek, simpan kek dalam peti ais, esok pagi boleh terus bawak pergi sekolah
Qashrin: Taknak beli kek, nak beli Coklat untuk Cikgu Mira, Cikgu Anis, Cikgu Siti dan Cikgu Tia....
Mummy: Hmm okaylah. (Mulanya pergi ke kedai runcit depan ni nak cari ferrero rocher yang 3 ketul untuk setiap cikgu, tapi dah abis lah pulak. Terus kami ke Guardian. Tengok-tengok ada last ferrero gift pack)
Qashrin: Nak beli yang ini untuk Cikgu Mira (Cikgu Mira ni cikgu kesayangan dia, suka sangat dengan cikgu Mira. Tiap-tiap hari immitate Cikgu Mira. Nyanyi-nyanyi dan baca doa)
Mummy: Okay yang special ni kita beli untuk Cikgu Mira tapi Cikgu-cikgu yang lain macamana?
Qashrin: Amik yang ni mi...(Dia tunjjuk coklat Toblerone)

A ah, anak dara Mummy memang pandai memilih. Sebenarnya setahun lebih dah reti pilih nak itu nak ini. Hehehe. Bila nak bayar tu, Mummy tanya ada tak small wish card untuk di tulis ucapan Selamat Hari Guru. Tapi cashier tu cakap takder. So, Mummy pon buat lah wish card sendiri. Meh sini Mummy ajarkan tutorial ringkas. Jom tengok gambar-gambar Mummy & Qashrin Teacher's Day Gift Project:



 Mula-mula, Mummy potongkan 4 kertas A4 dan buatkan bentuk LOVE. Lepas tu, Mummy suruh Qashrin warnakan kertas-kertas yang dipotong berbentuk hati tu dengan crayon. Crayon tu dah lama beli, pakai sekali jer. So, Mummy suruh dia warnakan dengan menggunakan semua jenis warna yang ada. Kira macam corak abstract. Mummy cakap "Qashrin kaler semua jangan nampak petak-petak putih pon ok?"

 Si kecil ni dengan gigihnya warna kertas pertama berbentuk hati ni. Dengan pilihan warna yang dia suka.

Inilah hasilnya siap cakap "Dah siap mi..."

 So, now she is working on to the second card. 2 more to go. 

Warna jangan tak warna.. Sian dia berpeluh-peluh. Malam tadi agak panas cuaca. Bila dia rajin macam ni, Mummy pon puji "pandainya anak Mummy.." Qashrin jawab "dekat skolah pon pandai.." Hahahah kalau bercakap....petah bebenor eh.

Inilah hasil Kad Hari Guru Istimewa buatan sendiri projek bersama antara Mummy dan Qashrin. Lepas buat kad ni, terus Qashrin cakap "penatlah Mummy, nak minum air...."

Bila dah siap-siap...Mummy balutkan dengan reben yang ada. Belakang kad tu, Mummy tuliskan ucapan "Selamat Hari Guru" Dari: Qashrin. Bila dah siap, besar pulak Love Card ni. Nak potong buat kecil sayang pulak, penat si kenit tu kaler sampai berpeluh-peluh. So, Mummy amik double tape, lekatkan juga pada coklat-coklat ni.

Dah buat-buat siap Kad Istimewa Untuk Hari Guru, kami terus makan malam. Qashrin memang suka salmon goreng dengan nasi panas-panas. Banyak juga dia makan ataupun penat mewarna?. Hehehehe.. Mummy pon nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada cikgu-cikgu dari Tadika Kemas, Sekolah Kebangsaan Sungai Rokam, Sekolah Main Convent, Ipoh, tak lupa juga Tutor dan Lecturer dari Multimedia University dan semua yang pernah mengajar dan mendidik Mummy ni. SELAMAT HARI GURU!!!!!!!!!!!! 

Xoxo,
Mummy Akmar