01/05/2013

Kena Bekerja Di Cuti Hari Pekerja

Hari ni 1 Mei 2013 satu Malaysia cuti. Ada seorang pekerja ni tak cuti. Kerjanya memasak jer. Malam sebelum tidur masak. Pagi-pagi pun memasak. Belum sempat mandi dah memasak ni. Aih senangnya ada tukang masak atau chef ni. Siapa agaknya yer?


Siapa lagi kalau bukan tukang masak cilik atau Junior Master Chef Mummy ni. Biasalah dapat mainan baru, berkepit ler dengan mainan ni. Sampaikan cousin-cousin yang main Ben10 pon terpedaya dengan Kitchen Set ni. 
Kitchen Set yang dibeli oleh Mama Achik.

 Dia kata penat berdiri masak. So, pakai kerusi duduk ler Mummy senang sikit nak masak. Amboi anak dara Mummy ni...

 Bangun pagi-pagi, masak dulu. Walaupun cuti Hari Pekerja, Qashrin tetap kerja jadi Chef. Haha...

Selamat Hari Pekerja!!

Xoxo
Mummy Akmar