27/05/2013

Isnin Yang Biru

Holaa! Selamat pagi. Hari ni rata-rata ramai yang buat status gembira pergi ke pejabat dengan pantasnya. Sebab musim cuti sekolah dah bermula. Terutama sekali., kawan-kawan yang tinggal di KL. Samalah di sini pon tempat parking kereta banyak yang kosong walaupun dekat pukul 8 pagi. Selalunya penuh jer terpaksa la berjalan lebih kilometer. Tapi hari ni, Alhamdulillah dapat parking yang dekat dengan tangga.

Hari ni rasa macam berat hati nak pergi kerja. Rasa lain. Sebabnya Qashrin tak der. Dia ikot Opah dengan Maisarah ke Kuala Lumpur ke rumah Mama Achik. Nanti balik dalam minggu ni jugak ikot Ayah Yob. Mulanya Qashrin taknak ikot. Asyik cakap "nak Mummy nak Mummy". Lepas tu, jenuh juga umpan macam-macam. Sampailah kata nak swimming dan juga ada playground. Baru nak ikot. Tengok muka dia lambai dekat Mummy pon sedih.

Bye bye Qashrin. Muka senyum sedih... :'( Yang lagi sorang tu memang seronok tak terhingga. Dia lah tukang menghasut Qashrin dengan jayanya sehingga Qashrin sanggup pergi ke KL. Pakai spek lady gaga lagi. Hahaha

So, malam tadi Mummy tidur rumah kakak di Rapat Setia. Malam tadi jugak kami buat Jeli Kelapa. Sebab hari asyik panas je. Memang best makan jeli kelapa sejuk-sejuk. Rasa lega sikit tekak. Cerita pagi tadi pulak, dah siap nak pergi pejabat. Tapi sebelum tu sarapan pagi. Makan kuetiow goreng panas-panas kakak masak. Memang sedap. Makan lagi jeli kelapa. Tiba-tiba nak ambik handbag. Tercari-cari kunci pejabat. Ah...sudah! Uwaaaaaa tertinggal pulak. Memang kes naya! Terpaksa patah balik ke rumah Opah. Dah la agak jauh kalau nak cepat sampai pejabat, lepas tu sorang-sorang. Nak bukak pintu 2-3 kunci dan kena Off Alarm lagi. Masuk je rumah, macam lipas kudung berlari. Tak jumpa kunci! Uwaaaa.. *panik* . Gigih berdoa pada Allah untuk miracle! Hahahah Giler lawak kan.........Cari dalam handbags lain takder! Cari dalam bilik takde. Rupanya dalam kotak kunci. Hari Sabtu tu tinggalkan kunci pejabat di situ sebab nak tengok wayang. Sebabkan keadaan kelam kabut. Menda depan mata pon tak nampak. Aiseyman.

Jeli kelapa yang sedap ni! Sedap tu rasa macam lega je di makan di hari hari yang panas. Projek malam tadi ni.

Sampai je UTC dalam 8 pagi. Bukak pejabat dulu. Terus pergi selesaikan bil-bil tertunggak ni. Bukan Mummy punya tapi abang dan kakak punya. Bil Astro, Telekom, Letrik untuk kakak dan Cukai Tanah dan Bil Air untuk abang. Masuk-masuk je, diorang cakap "Cik, office bukak pukul 8.30pagi". Dengan tersipu-sipu Mummy cakap "saya staff sini, tu yang nak cepat sikit". Jawab diorang "Oooo staff. Kalau staff boleh". Memang cepat takde orang, tayah beratur. Sebab orang awam boleh masuk 8.30 pagi je. Senangkan? Hahahaha. Cuma nak berani cakap jer. Ada pulak tu tanya, ada kerja kosong tak untuk anak saudara mereka. Hehehehe Kelakar betul.

Sangat bertepatan, Monday Blues gitu...Blur lagi ni. Tak tau apa nak buat. Termenung dan blogging dulu. Report pon dah hantar tadi. Rindukan Qashrin pulak.........

Xoxo
Mummy Akmar