28/05/2013

Hari Perkembangan Anak-Anak Pusat Permata Negara Bercham

Ini cerita lama barulah ada masa nak blog. Haritu Qashrin cuti satu bulan dan masuk-masuk je dah ada sessi perjumpaan antara guru, ibu bapa dan anak-anak. Kiranya cikgu akan ceritakan segala perihal anak-anak. Rasanya haritu hari Jumaat. Qashrin siap pakai tudung lagi. Apa yang Mummy ingat, antara perihal Qashrin yang Cikgu Mira ada beritahu:


1. Pada awalnya Qashrin lebih suka bersendirian. Ramai kawan-kawan cuba mengajaknya bermain tapi dia lebih suka duduk dan melihat sahaja.

2. Dia lebih selesa duduk bersama orang dewasa. Contoh: bersebelahan dengan Cikgu.

3. Kebanyakkan aktiviti dia buat dengan perlahan dan tidak fokus. Contoh: kalau main permainan, team Qashrin akan selalu kalah (Hahaha) 

4. Dia sangat takotkan cicak.

5. Dia sangat petah bercakap. Kalau dia tak suka dia akan diam dan menjeling. 

Tapi..........

Bila lama-kelamaan banyak perubahan. Dia sudah mula bercakap dengan cikgu dan kawan-kawan. Dia cuba buat sesuatu perkara bila diberitahu oleh cikgu maksudnya mengikut arahan. Kata Cikgu Mira, perubahan ketara Qashrin baru nak bermula tapi Qashrin pulak cuti sebulan. Cikgu siap tanya, kenapa dia takot sangat dengan cicak?? Hahaha. 

Memang betullah tu apa yang Cikgu Mira cakap. Qashrin memang jenis pendiam dan tak banyak ragam. Memang Mummy dah jangka keadaan ini akan berlaku bila dia pergi ke sekolah. Dia lebih suka bersendiri dan "observe" orang lain. Tetapi jangan salah sangka sebab Qashrin ni mungkin malu atau dia kurang bercampur dengan orang yang tidak dikenalinya. Sebab selalunya di rumah, Qashrin memang petah bercakap, kadar refleksi dia sangat baik maksudnya dia akan ingat perkara yang dia buat, dia pergi kemana-mana dan lain-lain. Dia juga suka bermain dengan abang dan kakak sepupunya. Pasal cicak tu, Mummy terpaksa gunakan cicak sebagai agen untuk suruh Qashrin abiskan susu dan makanan. Hahahaha. Adoihlah Qashrin ni. Okay ini jer yang Mummy ingat! 

Wall of Permata Bercham's Family. Everyone must bring one family photo for this. So, Mummy gave one photo of my sis, myself and Qashrin that was taken on her majlis cukur jambul. 

Gambar ni masa dah abis berbincang. Lama jugak sessi sebab Cikgu Mira akan cerita in details ikot dalam buku manual cikgu tentang murid-murid. Opah temankan Mummy hari tu.

Hasil kerja anak 3 tahun disimpan dalam fail ni. Kebanyakkannya melukis dan mewarna. 

 Antara hasil tangan Qashrin yang digantung di dinding.

 Tampalan.

Kolaj ke ni? Letak warna air dan cop. Hehe

Memang pada asalnya, kemasukan Qashrin di sini adalah sebagai pendedahan awal untuk alam persekolahan. Untuk tahun hadapan, Qashrin memang kena fokus abis-abisan dan dihantar ke sekolah lain. Masih ragu-ragu nak masukkan dia dalam aliran Bahasa Cina atau English sepenuhnya. Lepas tu, ke perancangan seterusnya. Ini juga termasuk beberapa kelas tambahan untuk menajamkan skills dia. Semoga dapat diberi petunjukk oleh Allah. Amin.......

Xoxo
Mummy Akmar