26/05/2013

First Movie Outing With Mummy

Hello dolls! Rindu nak ber-blogging tiap-tiap hari ni. Tangan menggigil-gigil nak tulis *kroniknya*. Hahah..Saja jerlah buat lawak kan. Semalam hari Sabtu, Mummy cadangnya nak beli kasut di Aeon Station 18. Jauh jugak Aeon ni. Aeon ni kan nama baru untuk Jusco. Kiranya Aeon Station 18 ni adalah Aeon terbesar di Asia Tenggara. Gituew...Siap kasi history bagai kan.


So, misi mencari kasut sebabnya, perlukan kasut baru yang comfy untuk memanjat tangga untuk sampai ke ofis. Sangat complicated nak cerita isu tangga ni. Sesiapa yang duduk di Ipoh dan tahu pasal Super Kinta. Dia akan tahu tentang isu tangga ni. Okay!!! Mummy pergi ditemani oleh Qashrin dan cousin sister dia Maisara. Dah sampai-sampai tu, Maisara pulak bagi idea nak tengok wayang. Bagus jugak idea tu sebab dia belum pernah pergi lagi sebab bila nak pergi je, ada je yang tak dapat bawa dia. Bila tanya Qashrin, teruja dia nak tengok padahal dia tak tahu apa menda wayang tu? Tapi mestilah Mummy pilih cerita berunsurkan kartun.   Tengok-tengok ada pulak cerita animasi EPIC. Ah..sesuai sangat. Okay terus beli tiket walaupun dah pukul 4.30pm. Qashrin seronok main-main tiang pole beratur tu. Dah beli tiket terus beli makanan. Macam-macam beli, takot Qashrin lapar sebab supply susu tak bawak. Hotdogs untuk kami bertiga dan juga mash potato untuk Qashrin, popcorn karamel, kit kat, cheezel dan air gas (ubat batuk).

EPIC

Mula-mula masuk, Mummy terus duduk nak letak-letak makanan. Qashrin dengan selambernya duduk atas tangga. Konfiden kan?? Bila suruh dia duduk, panggung pon dah gelap. Terbeliak bijik mata dia. Sambil tu Mummy pegang dia dan cakap, takper Mummy ada ni. Dah la sound system kan bergegar bagai. Terkezot Qashrin. Bila dah start cerita. Qashrin layan abis. Konon macam paham. Bila watak Mary Katherine sampai rumah bapa dia. Qashrin kata "Mi, dia pergi rumah abah dia"? Then terus Mummy cakap " A ah, Qashrin suatu hari nanti, kalau jumpa Abah nanti, Mummy takder tau macam budak ni". Terus dia cakap apa? "Qashrin sayang Mummy" sambil tangan pegang Mummy. Okay starting cerita jer dah bagi Mummy little heartbreak. Tapi cerita Epic ni memang ada unsur-unsur lawak yang boleh gelak-gelak. Ramai jugak penonton cilik. Kadang terdengar suara tanya itu dan ini. Suara budak-budak... Bila dah separuh tengok. Qashrin dah mula bangun bergerak ke hulu ke hilir. Naik turun tangga. Ada kala terperanjat tengok dia tiba-tiba takder. Rupanya dia duduk di seat belakang. *Panic attacked kejap*. Cerita ni takderlah berat sangat, tapi ada unsur-unsur kekeluargaan, kepercayaan, magika dan macam-macam. Kalau nak tahu, kenalah tengok (padahal malas nak tulis sinopsis) Hahaha.

Dia punya hanya frankfurter je. Abis satu ni.

Selepas je dah abis tengok, Qashrin pulak ajak nak pergi tempat Inflatable Playground yang dulu dia pernah pergi sekali. Memang tak sempat sebab nak kejar masa beli kasut. Dapatlah beli 2 kasut yang selesa. Satu ballerina flat satu lagi macam comfy selipar. Qashrin pun nak jugak. Dia pilih sendiri tau. Mulanya Mummy pilih satu kasut ni sangat cantik. Princess shoe yang kiut, bertahtakan reben kristal. Heeee! Tapi size dia pulak dah abis. Terus dia cakap "mi, ichini nak yang ini". Moh tengok pilihan dia.

Bling bling. Terkejut Mummy eh! Ini sangat Korea! Glitter red shoe. She even got a handbag for herself? Amboi anak Mummy ni, bior bebenor?. Kasut ni brand Airwalk Made in Vietnam lagi. Bila dah beli, terfikir jugak nak pakai dengan apa. Mummy rasa these would be perfect with little black dress! Another reason to shop ler citernyer ni kan...

Tanya dia beberapa kali, betul ke nak yang ini? Menggangguk angguk. "Ichin suka yang ini". Bila bagi option lain dia tak nak. Okay, baik beli jer dari dia buat onar di situ. Hahaha. Balik je rumah dah pukul 7.30pm. Qashrin tertidur dalam kereta. Terpaksalah angkat dia. Angkat anak kecil tengah tidur + handbag + shopping bag sangat gigih okay!!! Terpaksa gagahkan juga. Yerlah ibu tunggal ni sentiasa kena ada sikap cekalkan hati. Baringkan dia atas katil, buat susu dulu. Dah kenyang baru ajak mandi. Makan malam pulak, dah tersedia ada diorang beli KFC. Memang sesuai sangat. Sebab kami bertiga lapar! Hahaha. Okay ada sesiapa perasan tak the weather is getting hot day by day. Berpeluh-peluh sangat. AirCond is a must lah siang hari pon!!. Herm.....

Xoxo,
Mummy Akmar