30/05/2013

Design Baju Raya Aidilfitri 2013 By Syomir Izwa

Kini memang ramai pereka busana mewah yang mengilhamkan fesyen terbaru mereka dalam bentuk (ready-to-wear) atau rekaan sedia pakai. Antara pereka yang terkenal adalah pereka busana mewah Syomir Izwa, seorang graduan dari La Salle International Design School pada tahun 1997. Beliau sangat mahir dan berpengalaman dalam menghasilkan fesyen terkini mengikut trend semasa sejak penglibatan beliau pada tahun 2000.

Image: Syomir Izwa

Syomir Izwa pernah me-reka beberapa fesyen busana mewah untuk pakaian pengantin. Beliau sangat dikenali dengan hasil tangannya yang penuh dengan sentuhan mewah yang sangat terperinci namun tampak sederhana.

Kali ini rekaan yang dihasilkan oleh beliau sendiri untuk koleksi (Ready-To-Wear) Hari Raya Aidilfitri 2013 di mana penyesuaian warna pastel lembut dan perinciaan rekaan amat minimal tapi dapat memberi pemakai tampak elegan dan bergaya. Hasil rekaannya yang dikatakan "timeless" serta klasik dipengaruhi unsur barat apabila rekaan busana mewahnya diberi sentuhan dengan pleats, ruffles, gathers, folds and ribbon embellishments. 

Dibawah adalah beberapa rekaan yang siap untuk dipakai dari pereka muda terkenal Syomir Izwa. Pemilihan warna, fabrik dan gaya amat bertepatan sekali dengan konsep busana mewah yang trendy untuk anda semua. Antaranya baju kurung moden, kebaya dan juga jubah muslimah yang akan memberi satu transformasi baru di dalam menggayakan pakaian untuk Hari Raya Aidilfitri 2013 kali ini.








Untuk maklumat lanjut atau menempah koleksi Syomir Izwa (Ready-To-Wear) boleh ke syomirizwa.com.my