04/05/2013

Ber-Gwiyomi Sebelum Makan Steamboat Johnny's

Halluuuu! Apa khabar semua? Semoga sihat lah kan. Al kisahnya, konon nak diet lah Mummy ni. Lunch makan steamboat berturut-turut. Hahaha...Boleh ke ni? Takperlah usaha sikit-sikit. =P~ Lagi pun menu yang diambil semuanya tak berlemak. Sebab menu steamboat ni semuanya kena Sugar Free dan juga sayur-sayuran. Haritu, kami makan di Johnny's Jusco Ipoh bersama Opah dan Qashrin. Rasanya kami makan dua kali dalam satu minggu kemudian kami makan di Seoul Garden pulak. Kebanyakkan menu mestilah yang segar macam fillet ikan segar, ayam segar, sayur sayuran dan juga banyak tofu. Yang fish ball semua tu mesti letak gula. Mummy banyak kongsi dengan Opah cuma order crab stick dan ada la yang lain.

Cerita pasal diet ni, memang usaha nak diet. Tapi hujung minggu je makan makanan sedap-sedap. Yerlah home-cook memang ler sedap. Dah lama tak ber-blogging ni, tiap-tiap hujung minggu ada je menu yang menggemokkan. Sebab famili datang rumah makan. Kitaorang siap buat homemade burger kali kedua, lepas tu nasi tomato dengan ayam masak merah, lepas tu nasi minyak makan dengan ayam masak merah dan kari udang. Tu hari Sabtu je, belum lagi hari Ahad. Tak sempat nak menangkap gambornya, sebab awok sebok di dapor memasak. Kekekeke....

Saja nak kongsi gambar anak Mummy ni posing comel ber-Gwiyomi. Cute banget lah!! Muwah muwah muwahs....

 Tengok ni. Gwiyomiiiiiiiiiiiiiiii!!!

 Anak siapa tu? 

Ini tinggal ending-ending nya. Yang ni kali kedua kami makan kot. Kali kedua terlebih order pulak. Jenuh nak abiskan. Mummy pulak order nasi goreng. Masa pertama kali makan tu makan steamboat je. Jumlah bill RM30++ kali kedua ni bill jadi RM60++ Hehehe. 

 Qashrin cuba sedaya upaya jugak nak makan dengan chopstik. Tengok Mummy makan. Kali ni Qashrin makan tak banyak sangat berbanding sebelum ni. Sebabnya datang pelanggan cilik sebelah dia. Lebih main dari makan!! Ish Ish...

Dah ber-steamboat, teringin pulak nak makan sushi. Sementara tunggu order sampai, terjah ke Sushi King. Hmm biasalah orang perempuan, tiap-tiap bulan ada je teringin nya. Pilih-pilih dapat ler set ini freshly made hanya RM10

Okaylah setakat ini dulu. Semoga semuanya gembira dan mendapat rahmat dari Allah. Tertiba ending macam muslimah sikit. Heee~ Okay Byeeeeeeeeeeeeeeee!! Xxxxx

Xoxo 
Mummy Akmar